awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya telah cuba melakukan yang terbaik' - Faizal Azumu umum letak jawatan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
05/12/2020
10:33 MYT
'Saya telah cuba melakukan yang terbaik' - Faizal Azumu umum letak jawatan
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan telah mengemukakan surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak. - Astro AWANI
IPOH:Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Perak menerusi satu sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata ia selepas beliau telah menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk menyembahkan warkah peletakan jawatan tersebut.
“Alhamdulillah pada jam 3.00 petang, 5 Disember 2020, saya telah diperkenankan untuk menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Alhmarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Almarghfullah.
“Saya amat menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan di kesempatan berkenaan saya telah menyembahkan warkah perletakan jawatan saya sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
“Saya menyembahkan rasa penghormatan untuk berkhidmat di bawah naungan kerajaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan,” katanya dalam satu sidang media khas di sini hari ini.
BACA: LAPOR LANGSUNG: 'Saya akan letak jawatan dan benarkan transisi berjalan dengan baik'
Beliau akui, pengalaman itu adalah sesuatu yang amat bermakna, penuh dengan pelbagai cabaran.
“Bagi pihak seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri yang saya pimpin, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan ataupun setiap satu perkara yang tidak disenangi.
“Saya telah cuba melakukan yang terbaik dan sebagai manusia biasa yang tidak sempurna dan tentu ada berlaku salah dan silap. Ampun dan maaf dari saya,” katanya.
"Saya telah menyembahkan warkah perletakan jawatan saya sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan," - Datuk Seri @PejaOfPerak#NormaBaharu #PolitikPerak #HapusCOVID19 pic.twitter.com/XUC43Ve8b5
— Astro AWANI (@501Awani) December 5, 2020
Topic Berkaitan
#MB Perak
#Ahmad Faizal Azumu
#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
#politik perak
#Menteri Besar Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan