awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya tertib dalam utarakan pandangan" - Shafie Apdal

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
10/12/2015
06:44 MYT
"Saya tertib dalam utarakan pandangan" - Shafie Apdal
Menurut Shafie (tengah) beliau telah melakukan tanggungjawab untuk bantu parti kita dalam pelbagai bentuk, bukan hanya untuk melaksanakan projek mahupun menambah undi. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui bahawa beliau sentiasa tertib dalam mengutarakan pandangan kepada parti itu.
Katanya, beliau sudah beberapa kali berjumpa dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengutarakan isu semasa yang menjadi tanda tanya dalam kalangan ahli UMNO dan juga rakyat.
"Saya berjumpa dengan beliau bukan sekali, hampir setiap bulan. Saya bercakap di kabinet, tidak bercakap di luar.
"Saya juga sudah bercakap di peringkat Majlis Tertinggi. Ada tempatnya saya bersuara," kata Mohd Shafie selepas ucapan dasar Presiden di sini hari ini.
Jelas Shafie tanggungjawab Naib Presiden bukan hanya untuk melaksanakan projek mahupun membantu meraih undi, malah turut berperanan untuk memberi pandangan serta teguran dalam isu-isu yang berbangkit.
"Saya berani nyatakan, saya telah melakukan tanggungjawab untuk bantu parti kita dalam pelbagai bentuk, bukan hanya untuk melaksanakan projek mahupun menambah undi.
"Kita bagi pandangan dan juga teguran pastinya hormat menghormati dalam utarakan pandangan," kata Shafie.
Mengulas ucapan dasar Presiden, Shafie berkata beliau menghormati pendirian Najib dalam ucapan yang disampaikan itu.
Topic Berkaitan
#majlis tertinggi
#Najib Razak
#PAU 2015
#Perhimpunan Agung UMNO
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan