IPOH:Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau tidak akan mengusulkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila beliau menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi menyembah maklum kedudukan semasa kerajaan negeri Perak di bawah Perikatan Nasional (PN).
Katanya beliau lebih mengutamakan kepentingan rakyat ketika negara sedang mendepani pandemik COVID-19 berbanding kedudukannya selepas gagal mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul keyakinan terhadapnya selaku Menteri Besar Perak pada persidangan DUN pagi tadi.
"Bila saya menghadap Sultan, saya boleh menyembah agar Dewan (DUN) dibubarkan, (namun) adakah itu yang kita mahu? Sama sekali tidak, (kerana) keadaan (sekarang) tidak kondusif untuk pilihan raya. Jadi apa yang saya harus lakukan?
BACA: LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG UNDI TIDAK PERCAYA DUN PERAK DI SINI
"Saya perlu akur dan beri sokongan kepada sesiapa sahaja yang Tuanku pilih sebagai menteri besar dan mengutamakan kepentingan rakyat," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penyampaian Surat Kelulusan Projek Masjid dan Surau di negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.
Katanya, beliau berusaha melakukan yang terbaik semasa diberi amanah menjadi menteri besar "dan apabila tiba masa seperti sekarang, saya terima dengan baik."
"Saya harap ramai dapat terima keadaan ini, ini bukan tentang kita tapi tentang kita nak bagi perkhidmatan," tambahnya lagi.
Bernama
Fri Dec 04 2020

Ahmad Faizal ketika sidang media selepas Persidangan DUN Perak hari ini. Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan majoriti ADUN dalam usul keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap MB (undi percaya) yang dikemukakan itu. - fotoBERNAMA

PdPR: Program TV Pendidikan mulai 27 Januari ini - KPM
Ia salah satu usaha berterusan untuk menambah baik pendekatan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
![AWANI Sarawak [26/01/2021] - 205 positif, tiga kematian | Balai Polis Sentral Sibu sesak! AWANI Sarawak [26/01/2021] - 205 positif, tiga kematian | Balai Polis Sentral Sibu sesak!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/8859972951611660639255/1887273_27524278431611660895585_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [26/01/2021] - 205 positif, tiga kematian | Balai Polis Sentral Sibu sesak!
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Jasmine Abu Bakar membawakan tumpuan berikut: Fokus #AWANISarawak malam ini: - Tiga kematian, 205 kes positif di Sarawak. - Penduduk Sibu saran pertimbang permohonan permit polis atas talian. #HapusCOVID19 #NormaBaharu

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 26 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

COVID-19: KKM kenal pasti tujuh lagi kluster baharu
Kesemua kluster terdiri daripada tiga kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, satu kluster keagamaan dan satu kluster pusat tahanan.

Benarkan kedai gunting rambut dibuka? Ini tumpuan sidang media Ismail Sabri
Kerajaaan pertimbang untuk membenarkan operasi kedai gunting rambut, aktiviti pasar malam, kedai cuci kenderaan dan beberapa sektor lain.

Amaran penggodam | Apa mesej yang cuba disampaikan?
Anonymous Malaysia (Anonymous) memberi amaran kepada kerajaan Malaysia yang didakwa gagal meningkatkan tahap keselamatan siber negara.

KL Summit 2021 | Sistem kerajan akan rosak jika ada di tangan pemimpin yang salah
Sistem pemerintahan sama ada monarki mahupun demokrasi tetap akan gagal sekiranya pemimpin yang dipilih tidak mengamalkan nilai yang bagus untuk rakyat dan negara. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir memberi contoh sistem demokrasi di Amerika Syarikat yang gagal apabila diketuai pemimpin yang salah. Ia merupakan antara perkara yang beliau sentuh sewaktu menyampaikan ucaptama bertajuk "A Vision on System of Government" sempena KL Summit 2021 hari ini.

COVID-19 | PKPB mungkin dilaksanakan semula untuk ganti PKP
Kerajaan belum mempunyai cadangan untuk melakukan total lockdown seperti yang tersebar sebelum ini. Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan masih lagi meneliti perkara itu serta mengambil kira pelbagi faktor dengan cuba untuk menyeimbangkan antara keperluan menjaga ekonomi negara dan rakyat serta mengekang penularan COVID-19. Ia jelasnya, termasuk mengkaji kemungkinan melaksanakan semula PKPB untuk ganti PKP.

KL Summit 2021 | Pemimpin negara Islam perlu kembali kepada ajaran Al-Quran
Tun Dr Mahathir yang juga merupakan Pengerusi KL Summit, turut menyentuh mengenai keperluan pemimpin berpegang kepada ajaran Islam, mengikut pandual Al-Quran.

Selangor tawar 10,000 peluang pekerjaan menerusi Inisiatif Selangor Kerjaya
Inisiatif kerajaan Selangor ini dicetuskan bagi menangani isu penawaran pekerjaan pasca pandemik COVID-19.

Ahmad Faizal letak jawatan Presiden PAFA
Datuk Adly Shah Ahmad Tah pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pafa dan Pengurus Pasukan Liga Super Perak.

"Kalau UMNO dibuli, saya tidak hilang jawatan" - Faizal Azumu
"Jika saya seorang Timbalan Presiden sebuah parti yang membuli parti UMNO, perkara yang berlaku kepada saya itu tidak akan berlaku." - Ahmad Faizal

Ahmad Faizal kekal sebagai Presiden PAFA sehingga kongres tahunan
Ahmad Faizal berkata dia akur dengan segala keputusan yang akan dibuat oleh kongres berkenaan demi memastikan persiapan Perak FC bagi menghadapi Liga M pada musim ini berjalan lancar.

Faizal Azumu boleh terus kekal sebagai Presiden PAFA
Kerajaan negeri tidak mempunyai masalah jika bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terus dikekalkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Bekas MB Perak Ahmad Faizal sahkan tidak akan dilantik ke jawatan Kabinet
Tidak ada (jawatan peringkat Kabinet), sekarang ini jawatan saya adalah Ahli Parlimen Tambun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, kata Ahmad Faizal.

Ketegangan PN Perak beransur pulih - Penganalisis
Sharifah Syahirah berkata, perkara itu sekali gus akan menyelesaikan kemelut politik yang wujud di negeri itu.

Tangani isu kepercayaan dan rasa curiga dalam politik, iktibar dari Perak - Penganalisis
Kemelut politik yang melanda Perak sebenarnya berakar umbi dari rasa tidak percaya dan saling curiga antara dua parti politik.

Saarani: Bermula sebagai pendidik, kini menteri besar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak sejak 2018 itu mendapat perkenaan Sultan Nazrin untuk dilantik sebagai menteri besar setelah pada pertimbangan baginda, beliau boleh mendapat kepercayaan.

Pas Perak belum terima titah menghadap Sultan Nazrin
Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata pihaknya akan menghadap Sultan Nazrin apabila dititahkan secara rasmi berbuat demikian.

Politik Perak: Sebarang keputusan bergantung kepada pemimpin setiap parti - Hishammuddin
Hishammuddin berkata Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi ada menyentuh mengenai pemilihan Menteri Besar baharu negeri itu.