Saya tidak jangka BN Sarawak hanya menang 19 kerusi - Abang Jo

Malissa Sahari
Mei 9, 2018 18:01 MYT
Malah, ujarnya, post mortem mengenai prestasi 'kemenangan' sedikit BN itu ditangguhkan.
"Saya jangkakan kemenangan besar memihak kepada Barisan Nasional kali ini tetapi kita hanya menang 19 kerusi parlimen sahaja."
Itu reaksi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg ketika ditanya mengenai jumlah kerusi yang dimenangi BN iaitu 19 kerusi sahaja berbanding 28 kerusi yang pernah dijangkakan beliau sebelum ini.
Beliau pada masa sama mengumumkan sidang media khas keputusan PRU-14 ditangguhkan sementara waktu, sehingga diberitahu kelak.
Malah, ujarnya, post mortem mengenai prestasi 'kemenangan' sedikit BN itu ditangguhkan.
"Sidang media akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, masih belum dapat dipastikan bila kerana keputusan belum dibuat di sana, sehingga sampai masanya nanti," katanya.
#Abang Johari Tun Openg #Barisan Nasional #Ketua Menteri Sarawak #PRU14 #Sarawak