"Saya tidak berkecil hati tidak dicalonkan". Itu reaksi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Port Dickson Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berhubung namanya digugurkan sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Penyandang kerusi Parlimen Jempol itu berkata tumpuan beliau kini adalah untuk berkempen bersama jentera parti dan memastikan BN menang di kawasan Parlimen Port Dickson serta BN dapat membentuk kerajaan negeri dan persekutuan.
"Saya telah jadi wakil rakyat selama sembilan penggal sejak 1978 hingga 2013. Sekali saya tidak terpilih tak akan saya nak complain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bilik gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung (nama asal Port Dickson) di sini, hari ini.
Mohd Isa yang juga ketua UMNO Bahagian Port Dickson turut menasihatkan individu yang tidak terpilih menjadi calon agar terus menyokong perjuangan parti dalam menghadapi persaingan PRU14.
"Masa ini kita nak tengok kesetiaan individu terhadap parti...saya nasihat balik semula dan sokong parti supaya bila parti menang kita pun gembira," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Isa yang juga pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menegaskan BN kawasan Parlimen Port Dickson tidak mempunyai masalah dalaman.
"Tiada masalah dalaman pun kita di sini. Jangan dengar cakap orang. Kita sekarang amat bersatu padu dan ia memberi peluang lebih baik kepada BN untuk menang," katanya.
BN menampilkan muka baharu, Ketua UMNO Bahagian Jempol yang juga bekas Anggota Dewan Negara Datuk Mohd Salim Sharif@Mohd Sharif sebagai calon kerusi Parlimen Jempol menggantikan Mohd Isa dan Ketua Penerangan MIC Kebangsaan Datuk V.S. Mogan dicalonkan bertanding kerusi Parlimen Port Dickson.
Pada PRU13, Mohd Isa menang dengan majoriti 8, 614 undi menewaskan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin daripada PAS.
Mengikut daftar pemilih Suku Tahun Keempat 2017 yang diwartakan pada 10 April lepas, Parlimen Jempol mempunyai 72,122 pengundi manakala Parlimen Port Dickson sebanyak 75,212 pengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 27 2018
ISA: Kita sekarang amat bersatu padu dan ia memberi peluang lebih baik kepada BN untuk menang.
AWANI 7:45 [05/05/2024] – Selesai masalah orang kampung | Kecederaan pemain bola sepak Malaysia | Bapa dan dua anak lemas
Satu kampung, satu pemimpin, PM cadang mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Selepas Akhyar mangsa ragut, hari ini Faisal Halim disimbah asid.
Tragedi Tiga beranak lemas ketika berkelah.
Protes mega di Israel desak Netanyahu terima gencatan senjata Hamas.
Selepas Akhyar mangsa ragut, hari ini Faisal Halim disimbah asid.
Tragedi Tiga beranak lemas ketika berkelah.
Protes mega di Israel desak Netanyahu terima gencatan senjata Hamas.
AWANI Ringkas: Jenayah terhadap atlet
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki
Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul Jumaat lepas.
OIC digesa lerai ketegangan Asia Barat dicetuskan Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin sejak tujuh dekad lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerjasama parti komponen Kerajaan Perpaduan amat baik - Chang
Kerjasama dipamerkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) amat baik, menurut Naib Presiden PKR Chang Lih Kang.
Pelan pengurusan bencana jika berlaku kejadian luar jangka
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin beri jaminan, jemaah haji Malaysia musim kali ini tidak perlu risau dengan kemungkinan berlaku bencana luar jangka sama ada di Madinah atau Mekah kerana kerajaan mempunyai pelan pengurusan bencana yang akan dilaksanakan jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Sentimen pengundi fasa akhir kempen
Wartawan Firdaus Azil melakukan tinjauan sekitar Kuala Kubu Baharu dalam fasa akhir pilihan raya kecil.
Faisal Halim stabil, alami kelecuran tahap dua - Exco
Kelecuran tahap dua di beberapa bahagian tubuh Faisal adalah di sekitar leher, bahu, lengan dan dada kata Najwan Halimi.
Pamer gambar Agong: Biar polis siasat - Amirudin
Polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kempen PRK KKB, semalam.
PM sentiasa utamakan agenda Pemerkasaan Masyarakat India - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa mengutamakan agenda "Pemerkasaan Masyarakat India" seiring dengan proses pembangunan negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara
Peperiksaan bertulis SPM 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Abang Johari hargai PH tidak letak calon di Jepak
Keputusan itu memberi isyarat bahawa GPS ialah wadah yang tepat dan berupaya mempertahankan hak rakyat Sarawak.
PRK Jepak: GPS pilih bekas Pengarah AADK sebagai calon
GPS mengumumkan bekas Pengarah AADK Iskandar Turkee sebagai bakal calon mereka PRK DUN Jepak.
Keputusan SPMU pada 12 Okt
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan 12 Okt ini.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.