awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tidak mahu bersekongkol lagi'

Sinar Harian
Sinar Harian
06/05/2018
07:53 MYT
'Saya tidak mahu bersekongkol lagi'
Hasrat untuk membuat pendedahan mula timbul selepas beliau menyedari peranannya dalam parti itu mulai terpesong daripada asalnya.
DAP didakwa menyebarkan propaganda jahat yang bersifat fitnah semata-mata untuk memancing undi rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.
Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat merangkap Pemikir Publisiti Pengun'Saya tidak mahu bersekongkol lagi’di Melayu DAP, Amran Ahmad mendakwa, propaganda jahat yang disebarkan DAP menerusi beberapa video serta risalah menyasarkan pemimpin-pemimpin daripada parti lawan termasuk pemimpin kerajaan, perdana menteri, isteri perdana menteri dan keluarganya.
“Tujuan saya membuat sidang akhbar pada hari ini untuk membuat satu pendedahan tentang salah laku fitnah yang terancang serta propaganda jahat yang digunakan DAP atas nama Pakatan Harapan (PH).
“Saya tidak mahu lagi bersekongkol untuk lakukan kerja ini menipu rakyat Malaysia dengan propaganda jahat semata-mata untuk memikat hati pengundi,” katanya pada satu sidang media, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau yang juga merupakan anak kepada bekas Naib Presiden DAP, Ahmad Nor berkata, hasrat untuk membuat pendedahan mula timbul selepas beliau menyedari peranannya dalam parti itu mulai terpesong daripada asalnya.
“Saya juga merupakan bekas wartawan yang sebelum ini pernah berkhidmat di Utusan dan Malaysiakini di mana saya diajar untuk mengangkat dan menyebarkan kebenaran ketika menjalankan tugas.
“Teatpi apabila saya menyertai pasukan publisiti DAP, saya rasa telah terpesong kerana terlibat dalam membuat propaganda-propaganda jahat yang langsung tidak menepati niat asal saya untuk menyebarkan maklumat yang benar kepada orang ramai terutama menjelang PRU14,” katanya.
Beliau turut menyifatkan tindakannya membuat keputusan mendedahkan hal tersebut menjelang PRU14 adalah keputusan yang tepat.
“Mengapa baru sekarang saya buat pendedahan kerana bagi saya tempoh akhir menjelang PRU14 adalah masa yang tepat.
“Masa yang terbaik untuk kita menyedarkan rakyat adalah dalam tempoh seminggu atau empat hari sebelum pilihan raya kerana masa ini kedua-dua pihak akan terus berusaha menggiatkan promosi untuk pikat hati pengundi,” katanya.
Justeru, beliau berkata, satu laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi membolehkan tindakan diambil terhadap dakwaan tersebut.
“Saya juga telah menyerahkan segala bukti yang ada kepada pihak berkuasa mengenai tuduhan berkenaan.
“Jadi saya minta supaya pihak polis jalankan siasatan menyeluruh dan segera bagi menghentikan tindakan DAP dalam menyebarkan propaganda jahat ini kepada orang ramai terutamanya dalam masa beberapa hari sebelum PRU14 ini,” katanya.
Berdasarkan tindakannya itu, Amran menegaskan bahawa dirinya telah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang tindakan daripada DAP serta tohmahan daripada pelbagai pihak.
“Saya memang menjangkakan, dengan pendedahan ini akan muncul tuduhan saya sebagai macai atau pemakan dedak dan sebagainya.
“Saya adalah ahli DAP seumur hidup menyeru serta memohon kepada semua rakyat terutama orang Melayu supaya tidak menyokong PH kerana undi anda adalah undi untuk DAP yang akan menguasai gabungan pembangkang itu untuk memerintah Malaysia,” katanya.
Topic Berkaitan
#Amran Ahmad
#DAP
#fitnah
#Malaysia Memilih
#memancing undi rakyat
#Perdana Menteri
#propaganda jahat
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan