POLITIK

'Saya tidak tahu pun siapa sedang disiasat' - Muhyiddin

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi 29/10/2015 | 10:34 MYT
Muhyddin berkata beliau sendiri tidak menerima sebarang makluman behubung individu-individu yang didakwa sedang disiasat oleh parti tersebut. - Gambar Fail
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan mendedahkan sebarang maklumat sama ada beliau disiasat parti itu.

"Saya hanya baca mengenainya di media," jawab beliau ringkas ketika ditemui di Parlimen, di sini hari ini.

Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, dia sendiri tidak menerima sebarang makluman behubung tujuh individu yang didakwa sedang disiasat oleh parti tersebut.

Beliau ditanya oleh pihak media mengenai siasatan yang dijalankan UMNO ke atas tujuh individu seperti yang dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Rabu.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditemui di Parlimen berkata UMNO tidak bersifat prejudis. Sesiapa yang dianggap melanggar peraturan perlembagaan parti tersebut mesti dikenakan tindakan.
#Muhyiddin Yassin #Tengku Adnan Tengku Mansor #UMNO