awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga
Projek naik taraf Lebuh Raya Senai-Desaru capai 55 peratus - Ahmad Maslan
Pas terima rayuan tiga ADUN Perlis dihentikan keahlian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tidak tinggalkan UMNO, kamu buang saya' - KJ

Sinar Harian
Sinar Harian
02/11/2025
09:59 MYT
'Saya tidak tinggalkan UMNO, kamu buang saya' - KJ
Sejak dipecat, Khairy menghabiskan masanya dan aktif dalam platform audio siar yang diasaskan beliau iaitu Keluar Sekejap. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan parti itu.

Ringkasan AI
  • Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak pernah meninggalkan UMNO, sebaliknya parti yang memecatnya pada Januari 2023.
  • Media melaporkan Khairy dijangka kembali sertai UMNO sebelum PRN Sabah, dengan restu kepimpinan tertinggi termasuk Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
  • Khairy akan menjawab isu penyertaannya semula dalam masa terdekat, sambil aktif sebagai penyampai radio dan pengasas podcast Keluar Sekejap yang kini mempunyai 397,000 pengikut.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, parti tersebut sebaliknya yang membuat keputusan untuk menyingkirkan beliau.
"Ada beberapa pihak yang telah memberikan komen mengenai isu tersebut.
"Biar saya jelaskan, saya tidak pernah meninggalkan UMNO. Kamu yang buang saya.
"Tolong jangan cuba ubah sejarah," katanya menerusi hantaran di Instagram Story pada Ahad.
Media tempatan sebelum ini melaporkan Khairy dijangka menyertai semula UMNO sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini.
Hasrat pemimpin itu yang kini bertugas sebagai penyampai radio di Hot FM untuk kembali kepada UMNO, didakwa sudah mendapat 'restu' pimpinan tertinggi parti itu khususnya Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid dikhabarkan sudah meminta Khairy menghantar dokumen permohonan bagi menyertai semula UMNO, selepas dipecat pada Januari 2023.
Sejak dipecat, Khairy menghabiskan masanya dan aktif dalam platform audio siar yang diasaskan beliau iaitu Keluar Sekejap yang kini meraih 397,000 pengikut atau subscriber.
Ujar Khairy, beliau akan menjawab segala persoalan berhubung kemungkinan dirinya kembali menyertai parti itu dalam masa terdekat, namun meminta sedikit masa sebelum memberikan sebarang penjelasan.
"Berikan saya beberapa minggu sebelum saya bersedia untuk menjawab," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#KJ sertai UMNO
#Ahmad Zahid Hamidi
#dibuang UMNO
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan