Sebelum PRU, kata Grab Rosmah punya, selepas PRU, Anthony Tan punya - Najib

Rahimah Abdullah
Mac 10, 2019 06:15 MYT
Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi cuba membersihkan nama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sebelum ini didakwa memiliki syarikat e-hailing, Grab.
Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi cuba membersihkan nama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sebelum ini didakwa memiliki syarikat e-hailing, Grab.
Bekas Perdana Menteri itu hairan dengan Pakatan Harapan (PH) yang tiba-tiba pula bekerjasama dan memuji syarikat berkenaan.
"Kalau ianya benar bahawa Grab adalah milik isteri saya, mengapa menteri-menteri PH nak berkerjasama serta memuji Grab?
"Sebelum PRU14, PH kata Grab ialah Rosmah punya. Selepas PRU14, PH kata Grab ialah Anthony Tan punya," katanya melalui statusnya di laman Facebook pada Ahad.
Tambahnya, fitnah terhadap Rosmah mungkin timbul apabila beliau mencadangkan kepada Khazanah Nasional untuk melabur dalam Grab ketika mereka baru bermula.
"Bagaimanapun, selepas membuat penilaian, Khazanah tidak membuat pelaburan dalam Grab dan saya tidak meneruskan lagi kerana saya menghormati pendirian mereka. "Sudah tentu, Khazanah kesal sekarang kerana syarikat Grab kini sudah bernilai AS$11 bilion (RM46 bilion)," ujarnya lagi.
#Facebook #Khazanah #Najib Razak #Pakatan Harapan #PRU14 #Rosmah Mansor