'Sekali sekala, kami jumpa untuk makan tengah hari bersama'

Haider Yutim
Disember 11, 2018 00:45 MYT
Rafizi, Nurul Izzah dan Khairy bergambar bersama sewaktu sesi makan tengah hari mereka. - Foto Twitter/@rafiziramli
Rafizi Ramli mendedahkan, beliau dan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin serta Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memang kadang-kala ada berjumpa untuk makan tengah hari bersama.
Dalam sebuah foto yang dimuat naik menerusi laman Twitternya pada Isnin, bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, meskipun mereka daripada parti politik yang berbeza, mereka memiliki aspirasi yang sama.
“Kami berkongsi aspirasi yang sama, iaitu untuk melihat Malaysia yang mampu menjana kekuatan dari perbezaan yang kita ada, memahami penuh serta menghormati perbezaan tersebut,” katanya.
Khairy bagaimanapun membalas posting tersebut dengan berseloroh, meminta Rafizi mempelajari cara untuk ‘filter’ (menyunting) foto itu terlebih dahulu sebelum memuatnaiknya.
Rafizi kemudian membalas pula dengan berkata, “Saya tidak akan memuatnaik gambar sebelum mahir menggunakan ‘filter’ terlebih dahulu.”
Bekas calon timbalan presiden PKR itu terkenal dengan sikapnya yang lantang dalam bersuara.
Beliau baru-baru ini mengakui pernah dikeji dan dimaki ketika mendedahkan kepincangan mengenai Tabung Haji (TH) pada 2015.
BACA: Saya pernah dimaki 'secara berjemaah' dalam isu Tabung Haji - Rafizi Ramli
Manakala Khairy pula dikenali dengan sikapnya yang sering mempunyai pandangan serta pendirian sendiri dalam partinya, UMNO, serta sentiasa memperjuangkan pendekatan parti yang lebih progresif.

Every now & then, @Khairykj @n_izzah & I met for lunch. We can be from different parties but we share the same aspiration: to see Msia that draws strength from the differences we have, in full understanding & respect of the differences. pic.twitter.com/VFtPDoU5af

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) December 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ahli Parlimen Permatang Pauh #Ahli Parlimen Rembau #bekas ahli parlimen Pandan #Khairy Jamaluddin #makan tengah hari #naib presiden pkr #Nurul Izzah Anwar #PKR #Rafizi Ramli #UMNO