awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia Airlines perkenal semula penerbangan ke Chengdu, catat permintaan tinggi
Tiga polis, seorang awam maut dalam insiden tembakan di Sibulan, Filipina
Legacy 30 Siti Nurhaliza: Antara nostalgia, kecekalan dan cita-cita baharu tiga dekad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas Tuaran, PBS intai kerusi Parlimen Tenom

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
09/04/2022
12:03 MYT
Selepas Tuaran, PBS intai kerusi Parlimen Tenom
Ongkili (empat dari kiri) bersama Radin selepas melancarkan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Melalp dan Kemabong pada Sabtu.
TENOM: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengintai untuk meletakkan calon bagi kerusi Parlimen Tenom pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Sambil menyasarkan kemenangan kerusi Parlimen itu bagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Presidennya, Datuk Seri Maximus Ongkili mahu jentera parti di kawasan memulakan kerja turun padang mendekati rakyat.
Kerusi Parlimen Tenom merupakan kerusi kedua yang diintai PBS selepas Tuaran pada PRU akan datang.
"Sebagai parti berbilang kaum dengan pengalaman selama 37 tahun, PBS menawarkan diri untuk kerusi Tenom," katanya pada pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan PBS N42 dan N43 Kemabong ke-36 dan ke-37, pada Sabtu.
Tegas Maximus, PBS telah membuktikan parti itu adalah entiti yang serius dalam mempertahankan hak Sabah.
"Selama bertahun-tahun, kami konsisten dalam menyuarakan kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang besar di Sabah, serta memperjuangkan politik 'lompat parti'.
"PBS sentiasa menjadi penyokong undang-undang antilompat, sejak penubuhan parti pada tahun 1985, dan sentiasa menyuarakan untuk pembangunan ekonomi yang adil demi kebaikan Sabah dan rakyatnya," katanya.
Menyentuh mengenai keputusan Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Radin Malleh untuk tidak mempertahankan jawatan ketua bahagian, beliau menyifatkan ia sebagai tindakan yang menyedihkan tetapi tidak dapat dilupakan.
Topic Berkaitan
#PBS Tenom
#PRU15
#Maximus Ongkili
#politik lompat parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan