POLITICS

Seminggu berkempen, ini sekilas fakta PRN Sarawak yang anda perlu tahu

Wan Syamsul Amly 01/05/2016 | 04:00 MYT
Seramai 226 calon bertanding merebut 80 kerusi Dun Sarawak pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN ke-11) pada 7 Mei ini.
Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) ke-11 kini sedang rancak berlangsung, dengan proses dimulakan dengan hari penamaan calon pada Isnin, 25 April yang lalu.

Pilihan Raya kali ini menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan termasuk 11 kerusi baharu berikutan persempadanan semula kawasan.

Dua kerusi sudahpun menjadi milik Barisan Nasional yang menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon. 80 lagi kerusi kini menjadi rebutan buat bakal-bakal Yang Berhormat.

Selepas seminggu berkempen, apa kata kita lihat sekilas fakta PRN Sarawak:

Angka, jumlah dan statistik






Bilangan calon lelaki mengatasi calon wanita dengan masing-masing 204 orang dan 22 orang.








Sekilas fakta Team Adenan





Barisan Nasional Sarawak pada 26 April lalu melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 dengan tema 'Berikan Peluang Kepada Team Adenan'. - Foto Bernama





Sewaktu PRN-10 pada 2011, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, manakala DAP menguasai 12 kerusi, PKR (tiga) dan satu oleh calon Bebas.

Rakyat Sarawak akan keluar mengundi pada 7 Mei ini.


*Untuk liputan menyeluruh Sarawak Memilih, ikuti kami di saluran berita segenap dimensi 501 Astro AWANI atau layari sahaja astroawani.com

#Adenan Satem #Barisan Nasional #BN #DAP #PBB #pilihan raya Sarawak #PKR #PRN-11 #sarawak2016