awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Semoga Tuhan merahmati Malaysia" - Khairy sahkan anggota Kabinet serah surat letak jawatan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
16/08/2021
05:43 MYT
"Semoga Tuhan merahmati Malaysia" - Khairy sahkan anggota Kabinet serah surat letak jawatan
Khairy Jamaluddin dalam entri sama turut memuat naik gambar beliau bersama Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Gambar Instagram KHAIRY JAMALUDDIN
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengesahkan barisan Jemaah Kabinet telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Khairy memaklumkan perkara tersebut menerusi kemas kini di Instagram Story peribadinya sebentar tadi.
Beliau dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk berkhidmat kepada negara.
"Semoga Allah merahmati Malaysia," katanya dalam kenyataan tersebut.
Khairy memuat naik kemas kini di Instagram Story hari ini
Khairy memuat naik kemas kini di Instagram Story hari ini - Instagram Khairy Jamaluddin
Sebelum itu, Khairy dalam entri sama turut memuat naik gambar beliau bersama Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Letak jawatan? Muhyiddin selesai menghadap Agong di Istana Negara
BACA: Muhyiddin dijangka buat pengumuman khas hari ini
Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan pengunduran barisan Kabinet adalah atas dasar ‘collective responsibility’ dan bukannya ‘collective guilt’.
Takiyuddin berkata demikian dalam kemas kini di akaun Twitter, sebentar tadi.
Pengunduran atas collective responsibility bukan collective guilt. Terimakasih atas segalanya, yang pahit menjadi ubat, yang manis menjadi pengubat. Negara selamat semua terubat.#StaySafeAndFocus
— Takiyuddin Haji Hassan (@takiyuddin61) August 16, 2021
Terdahulu Astro AWANI melaporkan kenderaan rasmi yang membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara sekitar jam 12.20 tengah.
Dari dalam kenderaan, Ahli Parlimen Pagoh itu melambai ke arah petugas media yang telah menanti sejak awal pagi tadi di pintu masuk utama Istana Negara.
Kedudukan Muhyiddin selaku Perdana Menteri menjadi pertikaian selepas didakwa hilang keabsahan.
Ini susulan tindakan 15 Ahli Parlimen dari UMNO menarik semula sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpinnya.
Semalam Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mempengerusikan mesyuarat khas di Publika dipercayai bagi membincangkan hala tuju sekiranya beliau meletak jawatan
Topic Berkaitan
#Instagram
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Khairy Jamaluddin
#Politik Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#Perikatan Nasional
#Peletakan jawatan Perdana Menteri
#Jemaah Kabinet letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan