awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semporna bukan 'hot seat' PRU14 - UMNO Semporna

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
17/04/2018
07:17 MYT
Semporna bukan 'hot seat' PRU14 - UMNO Semporna
Ramlee menegaskan Semporna bukan 'hot seat' PRU14, BN bakal pertahankan kesemua kerusi di Parlimen tersebut. - Astro AWANI/Ridzal Abdullah
Parlimen Semporna yang mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Bugaya, DUN Senallang dan DUN Sulayaban kini menjadi perbualan hangat kerana ia dikatakan bakal menjadi medan saingan sengit antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).
Beberapa pihak pengkaji dan pakar politik melabelkan Semporna sebagai 'kerusi panas' atau 'hot seat' kerana Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal merupakan penyandang kerusi Parlimen Semporna, mantan naib presiden UMNO dan juga seorang bekas menteri.
Namun begitu, temubual ekslusif Astro AWANI bersama Ketua Penerangan UMNO Semporna, Datuk Ramlee Marahaban menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia cuma satu bayangan yang salah.
"Pihak kami (BN) yakin bahawa 'winning factor mood' berpihak kepada BN, melalui gerak kerja dan kajian sikap yang dibuat. Strategi mendekati rakyat akar umbi oleh pihak jentera melalui Pusat Daerah Mengundi (PDM) di setiap pelusuk Semporna mendapati rakyat masih menyokong kuat pihak BN iaitu UMNO di sini," katanya.
Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah, menjelaskan UMNO di Parlimen Semporna mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan keempat-empat kerusi di situ dan tidak sama sekali dijejaskan oleh imej Mohd Shafie.
Beliau mengakui pada mulanya UMNO Semporna sedikit terjejas namun kini sudah kembali pulih sepenuhnya dan seluruh jentera BN Semporna telah bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Tiada istilah 'kerusi panas' bagi Semporna. Ini dibuktikan lagi dengan keyakinan rakyat di sini ketika lawatan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) baru-baru ini yang telah merancang untuk memacu pembangunan melalui projek berimpak besar dengan melebarkan jalan raya sejauh 5.5km ke Pekan Semporna, Pusat Pelancongan Antarabangsa, pembinaan Jambatan ke Pulau Bum-Bum dan juga naik taraf Pulau Bum-Bum sebagai daerah kecil.
"Ini membuktikan komitmen BN kepada rakyat Semporna bukan hanya cakap kosong.
"Beliau (Mohd Shafie) yang dianggap sebagai pemimpin hebat suatu ketika dahulu, hebatnya beliau kerana jawatan yang diberi oleh kerajaan dan parti yang dipegang iaitu BN, bukan sebab diri beliau sendiri. Maka saya yakin rakyat tahu menilai antara perjuangan peribadi dan juga perjuangan sebenar membela rakyat," katanya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#MalaysiaMemilih
#Parti Warisan Sabah
#pilihan raya umum
#PRU14
#Ramlee Marahaban
#Semporna
#Shafie Apdal
#umno semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan