awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sertakan wakil rakyat PH, PN dalam mesyuarat jawatankuasa Kerajaan Melaka - ADUN Ayer Keroh

Firdaus Azil
Firdaus Azil
15/12/2022
10:07 MYT
Sertakan wakil rakyat PH, PN dalam mesyuarat jawatankuasa Kerajaan Melaka - ADUN Ayer Keroh
Kerk Chee Yee berkata, sekiranya ADUN bukan kerajaan diberikan platform serta ruang yang munasabah, hak rakyat dari DUN bukan kerajaan, akan lebih terpelihara. - Gambar fail
MELAKA: Peranan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) di Melaka perlu diperkasakan lagi bagi memastikan hak rakyat lebih terpelihara.
Dalam satu kenyataan media hari ini, ADUN Ayer Keroh Kerk Chee Yee berkata, sekiranya ADUN bukan kerajaan diberikan platform serta ruang yang munasabah, hak rakyat dari DUN bukan kerajaan, akan lebih terpelihara.
Selain itu beliau berkata, ia juga dapat mewujudkan semak dan seimbang yang bernas dalam pentadbiran Kerajaan Melaka.
“Reformasi paling awal berlaku pada tahun 2018 di mana peruntukan diberikan kepada ADUN bukan kerajaan di Melaka. Polisi tersebut diteruskan sehingga hari ini.
“Antara langkah yang wajar dilakukan sekarang termasuk melibatkan ADUN PH dan PN dalam mesyuarat jawatankuasa kerajaan, pemberian peruntukan sama rata dengan ADUN Kerajaan, serta wujudkan sesi khas dalam persidangan DUN bagi membolehkan seluruh backbencher ketengahkan isu-isu semasa yang dianggap penting atau mendesak,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, bahawa lima orang ADUN PH Melaka kini dianggap sebagai ADUN kerajaan perpaduan, atas semangat Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan.
Katanya lagi, pengumuman kerajaan perpaduan di peringkat negeri Melaka adalah untuk menyahut semangat pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan, namun bentuk kerjasama antara ADUN PH dan Kerajaan Melaka tidak dibincangkan lagi.
Kerk berkata, perjuangan PH bagi memperkasakan peranan ADUN-ADUN bukan kerajaan telah bermula sejak sekian lama.
Jelasnya lagi ia bukan untuk memanfaatkan Pakatan Harapan atau mana-mana parti politik, tetapi untuk mewujudkan sistem demokrasi yang lebih mantap dan seimbang.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#kerk chee yee
#adun ayer keroh
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan