SIAPA boleh teka bila Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dijangka diadakan?
Pelbagai persoalan sebenarnya muncul apabila bercakap tentang tarikh sebenar pembubaran Parlimen dan membuang undi, yang melibatkan pemilihan wakil-wakil rakyat.
Pada pemilihan kali ini, sekurang-kurangnya 14,622,881 pemilih berdaftar berada dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 30 Jun tahun lalu.
Bincang kedai kopi juga memberi pelbagai tarikh sebenarnya; ada yang meramal selepas habis sesi Dewan Rakyat (5 April), sebelum masuk bulan Ramadan (17 Mei), sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara (8 Jun) serta pelbagai hujah beserta fakta-fakta yang boleh diguna pakai dan juga masuk akal.
Ia juga mengambil kira pelbagai hujah lain, termasuk isu persempadanan semula yang menjadikannya bahan politik pihak pembangkang yang menyifatkan ia satu muslihat kerajaan untuk menang besar pada PRU14 kali ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini jelas sudah menyangkal dakwaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa persempadanan semula kawasan pilihan raya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang pada PRU14.
Menurut Ahmad Shabery, persempadanan semula penting bagi memudahkan pengurusan terutama di kawasan yang luas dan padat.
Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman yang menyebut, syor persempadanan semula pilihan raya oleh SPR tidak semestinya memberi kemenangan kepada BN pada PRU14.
Tegasnya, ini kerana cadangan tersebut hanya melibatkan 'andaian di atas kertas'.
Bayangan PM dan TPM
Satu bayangan menarik diberi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa PRU14 mungkin diadakan sebelum Aidilfitri tahun ini boleh diambil kira untuk menguatkan lagi ramalan tarikh sebenar hari pembubaran Parlimen.
Aidilfitri yang jatuh pada 15 Jun itu menjadi titik tolak hari terakhir kemungkinan PRU14 diadakan.
Lagipun Parlimen sebenarnya akan terbubar dengan sendiri pada 24 Jun ini.
Ia termasuk beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan terbubar dengan sendirinya lebih awal daripada 24 Jun jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak membubarkan Parlimen sebelum tarikh tersebut.
Ini kerana ada sesetengah DUN lebih dahulu melakukan angkat sumpah wakil rakyat dan sidang DUN bermula lebih awal daripada sidang Parlimen.
Datuk Seri Najib juga sebelum ini sudah memberi bayangan tarikh PRU14 diadakan sebelum 14 Julai ini.
PRU13 dan 12
PRU13 telah diadakan pada 5 Mei 2013 setelah Parlimen dibubarkan pada 3 April.
Pada 10 April 2013, SPR mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon ialah 20 April dan pilihan raya pada 5 Mei, hari Ahad.
Pada 6 Mei 2013, BN telah mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Kerusi yang selebihnya jatuh kepada gabungan Pakatan Rakyat iaitu sebanyak 89 kerusi. Di peringkat negeri pula, BN berjaya menawan kembali Kedah.
Sementara untuk PRU12, Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah membubarkan Parlimen pada 13 Februari 2008.
Pada 14 Februari 2008, SPR menetapkan tarikh 8 Mac sebagai hari rakyat mengundi.
Keputusan PRU12 pula amat memeranjatkan kerana BN hanya mendapat 140 kerusi Parlimen manakala pembangkang mendapat 82 kerusi Parlimen.
Ia sekali gus keputusan yang menafikan BN mendapat majoriti dua pertiga dalam PRU dan hanya boleh membentuk kerajaan pusat dengan majoriti asas.
TARIKH SEBENAR PRU14?
Jadi bila sebenarnya tarikh PRU14? Sebelum masuk Ramadan? Semasa bulan Ramadan? (dengan alasan kurang kata-kata kesat semasa berkempen), bulan Mac atau April?
Ramai pemimpin pembangkang sebelum ini mendesak Datuk Seri Najib mengumumkan tarikh yang dinanti-nanti itu lebih awal namun ia tertakluk sepenuhnya kepada kuasa perdana menteri. Jadi jangan merungut.
Paling penting, tarikh itu akan menjadi titik mula keyakinan Datuk Seri Najib berada pada tahap tertinggi untuk memastikan BN tidak kalah untuk kali ketiga dalam pertarungan mengejar majoriti dua pertiga dalam kerajaannya!
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Mon Feb 19 2018
Siapa boleh teka bila tarikh sebenar Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dijangka diadakan? - Gambar fail
Kehadiran jentera kempen PRK KKB bukti kesepaduan Kerajaan Perpaduan - Zambry
Kehadiran dan komitmen jentera parti Kerajaan Perpaduan pada kempen PRK Kuala Kubu Baharu jelas membuktikan keutuhan kerajaan.
Anwar beri masa dua bulan noktah kemiskinan tegar di Kelantan
PM beri tempoh dua bulan kepada agensi kerajaan Pusat dan negeri untuk menoktahkan miskin tegar di Kelantan.
Malaysia berdepan 30,000 kekurangan jurutera, perlu tampung dengan TVET - PM
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.
Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT
Bengkel itu dijangka dilaksanakan seminggu dua lagi supaya kerja-kerja melibatkan projek infrastruktur transformatif dapat dijalankan.
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu.
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada PM
Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri-negeri lain.
Kerajaan Negeri, Persekutuan perlu lebih fokus noktahkan miskin tegar di Kelantan - Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan dan kementerian berkaitan perlu lebih fokus dalam usaha menoktahkan miskin tegar di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar adakan perjumpaan tertutup bersama MB Kelantan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud untuk berbincang mengenai pembangunan negeri Kelantan.
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Anwar berkata semua jabatan tanpa kecuali harus menerima arahan dengan serius dalam memastikan keselamatan di sempadan negara, sekali gus mengekang kegiatan penyeludupan.
"Ahli Parlimen nak bantah kenaikan gaji? 'Humban' dia dalam PRU akan datang" - Anwar
Anwar berkata pihak yang melontarkan kritikan mengenai cadangan kenaikan gaji penjawat awam tidak sepatutnya bersikap angkuh.
Malaysia guna hubungan baik pelbagai negara bantu henti kekejaman di Gaza - PM Anwar
Katanya, strategi melibatkan pelbagai negara harus dirangka kerana penindasan di Gaza bukan lagi isu yang hanya melibatkan OIC dan Islam.
Kerajaan sedia terima kritikan, namun, tidak bertolak ansur sentimen 3R - PM Anwar
Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Profil Malaysia semakin meningkat di mata dunia - PM Anwar
Bukan ingin mendabik dada atau bersikap sombong, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat profil Malaysia kembali meningkat dan dihormati di mata dunia.