Penggantungan tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) serta siasatan yang dijalankan terhadapnya, tidak menjejaskan Umno terutama di Kelantan.
Malah, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed memuji tindakan Annuar yang juga Ketua Penerangan Umno dan Ketua Umno Bahagian Ketereh, yang tidak cepat melatah dan akur dengan keputusan dibuat oleh mesyuarat khas Majlis Mara semalam.
"Tan Sri Annuar Musa ambil tindakan bijak dengan akur terhadap keputusan yang dibuat semalam. Penggantungan yang dikenakan terhadap beliau juga tidak berkaitan dengan parti.
"Kami yakin perkara ini tak beri kesan kepada Umno Kelantan dan mesyuarat bulanan Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang akan diadakan pada masa terdekat juga tidak akan sentuh perkara ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Teraju dan Lantikan Program Akademik 2017 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) Datuk Husni Salleh, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Modal Insan Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Zulkifli Yaacob dan Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed.
Mesyuarat khas Ahli Majlis Mara yang diadakan semalam menggantung jawatan Annuar sebagai pengerusi Mara dan pengerusi PMB yang berkuat kuasa serta-merta.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula berkata ia telah membuka kertas siasatan terhadap Annuar dan siasatan badan itu hanya tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa berkaitan penajaan pasukan bola sepak Kelantan.
Agensi antirasuah itu berkata siasatan berhubung dakwaan salah tadbir urus pula akan dijalankan pasukan audit dalaman Mara.
Mengenai kenaikan harga minyak bagi Februari, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata rasionalisasi subsidi penting dilakukan.
"Jika kerajaan teruskan dengan dasar lama iaitu mengekalkan subsidi bagi sektor tenaga, ia akan menyebabkan kerajaan terus terbeban kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk subsidi semata-mata.
"Kami faham mungkin sukar untuk rakyat terima pengurangan subsidi ini kerana rejim subsidi ini dah lama dibuat, tetapi realitinya masih banyak lagi barangan yang diberi subsidi," katanya.
Terdahulu, beliau menyerahkan bantuan berupa perkakasan membuat kek dan roti bernilai RM200,000 kepada 32 peserta di bawah program ECERDC. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 01 2017
MUSTAPA: "Tan Sri Annuar Musa ambil tindakan bijak dengan akur terhadap keputusan yang dibuat semalam." - Gambar fail
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.