Sidang DUN Kelantan: Husam diarah keluar dewan

Muhafandi Muhamad
Mac 22, 2017 06:46 MYT
Husam didapati tidak mengendahkan arahan Speaker, Datuk Abdullah Yaakob supaya duduk selepas beliau mencelah ketika Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob membuat penggulungan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa diarah meninggalkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas beliau melanggar peraturan dewan.
Husam didapati tidak mengendahkan arahan Speaker, Datuk Abdullah Yaakob supaya duduk selepas beliau mencelah ketika Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob membuat penggulungan.
Susulan itu, Speaker Dewan mengarah Bentara Dewan mengiringi Husam keluar dari dewan berkenaan sekitar jam 12.50 tengah hari.
Husam mencelah dengan meminta Ahmad supaya menyatakan kelayakkan exco agama kerajaan negeri.
#ADUN #DUN Kelantan #Husam Musa #keluar dewan #sidang dun