Sidang DUN Negeri Sembilan 3 September depan

Astro Awani
Julai 14, 2021 10:07 MYT
Aminuddin berkata, persidangan DUN itu akan dimulakan dengan titah perasmian Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka diadakan selama empat hari bermula 3 September depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata persidangan akan dimulakan dengan titah perasmian Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
"Ia akan diteruskan dengan Adun membahaskan titah ucapan Tuanku Muhriz. selain beberapa Rang Undang-Undang (RUU) yang akan dibawa ketika persidangan kali ini," katanya kepada media secara maya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pada Rabu.
Kali terakhir DUN Negeri Sembilan bersidang adalah pada 3 Disember 2020, berdasarkan Peraturan IV Perintah 2, Peraturan-peraturan Tetap dan Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Sembilan Tahun 1960.
#Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan #ADUN #Exco #Negeri Sembilan #Aminuddin Harun #sidang #DUN #pesidangan dun #September