Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) akan diadakan bulan depan, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata sidang khas itu sepatutnya diadakan pada 29 Dis lepas namun ditangguhkan berikutan banjir besar melanda negeri ini.
"Untuk tujuan itu, kerajaan negeri mengadakan berkali-kali mesyuarat, perbincangan melalui Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan bagi menyiapkan beberapa pindaan dalam enakmen itu...Alhamdulillah, kita menyiapkan satu tatacara lengkap pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ahmad berkata agenda kebajikan kepada rakyat pasca banjir diteruskan sebagaimana dijadualkan dan usaha ke arah pelaksanaan kanun jenayah (atau hudud) juga diteruskan sebagaimana yang dijadualkan.
Beliau berkata Kanun Jenayah Syariah itu adalah arahan Allah dan ia menjadi kewajipan kepada setiap umat Islam menegakkannya dalam masyarakat Islam.
"Kewajipan ini seumpama kewajipan solat lima waktu yang tidak boleh dipertikai pensyariatannya. Solat wajib didirikan walaupun musibah melanda dan tidak boleh melengah-lengahkan solat apatah lagi mengesampingkannya dengan alasan untuk memberi laluan kepada semua mangsa musibah memperolehi hak kebajikan mereka secara sempurna.
"Begitulah juga hukum syariah termasuk kanun jenayah syariah yang bakal dilaksanakan di Kelantan. Usaha menegakkannya di muka bumi ini mesti berjalan seiring dengan agenda kebajikan dan kemasyarakatan yang lain," katanya.
Ahmad berkata kerajaan tangguhkan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah itu pada masa sekarang bagi memberi laluan kepada kebajikan mangsa banjir.
Bernama
Sun Feb 08 2015
Ahmad berkata agenda kebajikan kepada rakyat pasca banjir diteruskan sebagaimana dijadualkan dan usaha ke arah pelaksanaan kanun jenayah (atau hudud) juga diteruskan. - Gambar Fail
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.
PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.
PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.
Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.
Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.
PRN: Bas percuma untuk pelajar IPT Kelantan balik mengundi
Kerajaan Kelantan menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada pelajar institut pengajian tinggi untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.