awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang media khas enam MP Bersatu di Bangsar hari ini batal atas nasihat polis

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2024
02:30 MYT
Sidang media khas enam MP Bersatu di Bangsar hari ini batal atas nasihat polis
Suhaili mengesahkan sidang media khas enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dijadualkan pada Ahad terpaksa dibatalkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sidang media khas enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dijadualkan pada Ahad terpaksa dibatalkan.
Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.
Pembatalan itu, jelas beliau, dibuat atas nasihat pihak polis.
Tambah Suhaili, satu sidang media berhubung penjelasan mengenai pendirian mereka akan diadakan di Bangunan Parlimen pada Isnin.
“Sidang media khas (hari ini) itu tidak jadi… terpaksa dibatalkan atas nasihat pihak polis.
“Satu sidang media khas (mengenai pendirian kami) akan diadakan di Parlimen, esok,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Suhaili bagaimanapun, tidak mendedahkan waktu sidang media yang dijadual diadakan di Parlimen pada Isnin.
Pada Sabtu, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi berkata, enam Ahli Parlimen Bersatu termasuk beliau dan Suhaili akan mengadakan sidang media khas di satu lokasi di Bangsar pada jam 12 tengah hari Ahad.
Menurutnya, semua penjelasan mengenai pendirian mereka hanya akan dijawab dalam sidang media itu. Sebelum ini, Bersatu menggesa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, tidak berdolak dalih untuk segera mengisytiharkan kekosongan enam kerusi Parlimen.
Bersatu diwakili Naib Presidennya yang juga Ketua Whip di Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, pada Khamis lalu mengemukakan notis kepada Johari meminta supaya enam kerusi Parlimen disandang wakil rakyatnya dikosongkan.
Selain Suhaili dan Zulkafperi, empat Ahli Parlimen lain ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi (Gua Musang) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).
Topic Berkaitan
#Sidang media
#enam Ahli Parlimen Bersatu
#Suhaili Abdul Rahman
#kekosongan enam kerusi Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan