MUTAKHIR ini, semakin banyak gesaan dibuat oleh pelbagai pihak supaya Parlimen dibenarkan untuk bersidang semula walaupun didalam ketika negara sedang menghadapi darurat. Saranan-saranan ini yang pada awalnya datang daripada blok pembangkang, turut semakin mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh parti-parti kompenan blok kerajaan sejak kebelakangan ini. Tuntutan ini juga turut pernah mendapat perhatian serantau apabila sekumpulan 90 orang mantan dan anggota Parlimen ASEAN diatas nama sebuah organisasi yang dinamakan Ahli Parlimen ASEAN untuk hak asasi manusia (APHR) juga menyuarakan gesaan yang sama. Gesaan-gesaan ini telah dibawa menghadap oleh Speaker Dewan Negara dan Dewan Rakyat untuk perhatian Seri Paduka Baginda beberapa hari yang lalu. Berturutan dengan itu, Seri Paduka Baginda telah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh dibenarkan bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa.
Kepentingan Institusi Parlimen didalam Demokrasi
Secara asasnya, punca kuasa perundangan di negara kita disandarkan kepada Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuklah berkenaan dengan pengiktirafan terhadap sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia dimana fungsi, komposisi dan bidangkuasanya tertakluk dibawah Perlembagaan. Oleh yang demikian, peranan apa-apa komponen pentadbiran didalam negara boleh dihadkan sekiranya Perlembagaan Persekutuan membenarkannya, termasuklah melalui proklamasi darurat sepertimana yang disebut dibawah Perkara 150 Perlembagaan tersebut.
Institusi Parlimen boleh diibaratkan sebagai ‘jantung’ didalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Ini kerana, konsep demokrasi amat menekankan partisipasi rakyat didalam urusan pentadbiran negara. Partisipasi rakyat ini diterjemahkan melalui pemilihan penggubal undang-undang menerusi pilihanraya umum. Dalam pada masa yang sama, kumpulan atau parti politik yang menguasai majoriti kerusi di Dewan Rakyat akan diberi mandat untuk membentuk kerajaan. Oleh itu, secara mudahnya, demokrasi berparlimen adalah satu sistem yang mendukung pemerintahan rakyat.
Di Malaysia, “Parlimen” ialah sebuah badan legislatif di peringkat persekutuan. Institusi Parlimen pula boleh dipecahkan kepada tiga komponen yang lebih kecil, iaitu Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara, dan Dewan Rakyat. Selain daripada bertindak sebagai badan penggubal undang-undang, Parlimen juga adalah sebuah badan yang amat penting didalam mendokong doktrin pemisahan kuasa di negara kita. Menurut doktrin ini, kuasa dan peranan badan-badan utama disesebuah negara iaitu; Kehakiman, Eksekutif, dan Legislatif haruslah dipisahkan bagi mengelakkan satu monopoli kuasa oleh mana-mana pihak, yang kemudiannya boleh membawa kepada pemerintahan bersifat autokratik atau kediktatoran. Justeru itu, Parlimen juga berfungsi untuk ‘menyemak dan mengimbangi’ peranan badan-badan yang lain bagi memastikan segala tindakan atau keputusan yang dibuat adalah berdasarkan lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkaitan.
Ruang Lingkup Kuasa Darurat
Darurat secara umum memberi maksud kepada ancaman yang nyata terhadap keselamatan, ekonomi, ataupun ketenteraman awam. Skop ancaman-ancaman ini boleh diberi interpretasi yang lebih meluas dan boleh meliputi permasalahan-permasalahan khusus seperti isu kesihatan awam, bencana alam, mahupun masalah politik dalaman yang mampu mengganggu gugat kestabilan negara. Menurut Perkara 150(1), Darurat hanya boleh diisytiharkan oleh Yang Dipertuan Agong. Penolakan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk menerima nasihat Perdana Menteri supaya mengisytiharkan darurat pada Oktober 2020 lalu telah mewujudkan satu duluan (precedent) baharu bahawa baginda tidak tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri didalam soal ini.
Menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan, pengisytiharan darurat oleh Yang Dipertuan Agong boleh membawa kepada suatu penggubalan undang-undang khas, yang dikenali sebagai Ordinan Darurat. Ordinan ini boleh digubal oleh Yang Di-Pertuan Agong, ataupun Parlimen – sekiranya kedua-dua majlis parlimen masih bersidang. Secara amnya, Ordinan Darurat tersebut berperanan untuk mengawasi aspek-aspek dan skop pemerintahan darurat yang diisytiharkan. Lebih menarik, walaupun Ordinan Darurat dianggap sebagai sebuah Akta Parlimen, namun Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 150(6A) mengizinkan Ordinan tersebut untuk tidak selaras dengan peruntukan-peruntukan dibawah Perlembagaan Persekutuan, kecuali mengenai beberapa perkara yang digariskan perlembagaan sepertimana yang disebutkan dibawah Perkara 150(6A) dan juga Perkara 151. Melalui sekatan-sekatan yang dijalankan dan kebolehan untuk menggantung perlembagaan, pengisytiharan darurat secara langsung dan tidak langsung akan memberikan kuasa khas yang lebih kepada pemerintah, yakni lebih daripada norma kebiasaannya. Kuasa-kuasa khas ini termasuklah yang berkaitan dengan peraturan dan urusan-urusan perjalanan Parlimen.
Sidang Parlimen dibawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu ) 2021
Berturutan dengan dengan proklamasi darurat baru-baru ini, satu Ordinan khas telah diwartakan bagi mengawasi perjalanan darurat di Malaysia. Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 secara jelas mengatakan bahawa Proklamasi Darurat dilakukan berikutan ancaman wabak Penyakit Covid-19. Bagi menangani ancaman wabak penyakit ini, beberapa sekatan telah dikenakan termasuklah terhadap Pilihanraya Parlimen , Pilihanraya Negeri dan juga aspek perjalanan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Pembatasan terhadap peranan Parlimen dibawah Ordinan Darurat ini sudah tentu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Hal ini kerana proses semak dan imbang yang diutarakan sebelum ini tidak dapat dijalankan seperti biasa dan tergendala.
Secara amnya aspek perjalanan Parlimen ketika darurat disentuh secara khusus dbawah Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021. Di bawah Seksyen 14(1)(a), ianya secara jelas menyatakan bahawa peruntukan-peruntukan berkenaan dengan memanggil, membubarkan, menggantung atau memberhentikan sidang Parlimen didalam Perlembagaan tidak akan mempunyai kesan disepanjang tempoh darurat dikuatkuasakan. Walaupun yang demikian, Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk membatalkan arahan-arahan berkenaan pada mana-mana tarikh yang difikirkan bersesuaian oleh Baginda sepertimana yang digariskan dibawah Seksyen 14(1)(b) Ordinan tersebut. Oleh itu, kuasa mutlak untuk mengadakan semula sidang parlimen terletak pada budibicara Baginda Yang Dipertuan Agong, dan bukanlah pada mana-mana pihak yang lain. Namun secara tertibnya, Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri haruslah berperanan sebagai penasihat Baginda berkenaan dengan perihal ini. Penulis juga berpendapat bahawa, frasa “sesuatu tarikh yang difikirkan bersesuaian oleh Yang Dipertuan Agong” dibawah Seksyen tersebut menunjukkan bahawa baginda boleh memanggil semula sidang parlimen walaupun didalam tempoh darurat sekiranya difikirkan wajar oleh Baginda. Oleh itu secara mudahnya, Parlimen boleh dibenarkan bersidang walaupun pada ketika tempoh darurat sekiranya diperkenankan oleh Baginda Yang Dipertuan Agong.
Kesimpulan
Keperihatinan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong didalam mendokong prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan menerusi sebuah kenyataan yang diterbitkan oleh pihak Istana Negara baru-baru ini adalah satu isyarat jelas bahawa Baginda mengambil pendekatan untuk tidak berpihak dan bertindak menurut bidang kuasa yang diberikan dibawah Perlembagaan Persekutuan. Penulis juga secara peribadi berpendapat adalah amat wajar dan tepat supaya Parlimen dipanggil untuk bersidang semula oleh kerana banyak isu-isu rakyat harus dibentang dan diutarakan di Parlimen sesegera mungkin. Namun yang demikian penulis juga berharap bahawa sekiranya Parlimen dipanggil untuk bersidang semula, ahli-ahli parlimen haruslah menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk berperanan sebagai medium ‘semak dan imbang’, dan bukanlah menjadikan Parlimen hanya sebagai pentas politik semata-mata. Kestabilan politik, dan kerjasama yang jitu daripada semua pihak amatlah dituntut didalam usaha untuk memerangi ancaman wabak ini.
* Dr. Hafidz Hakimi Haron adalah Pensyarah, Fakulti Undang-Undang, Universiti Multimedia, Kampus Melaka. Pengkhususan kepakaran beliau adalah di dalam bidang Undang-Undang Perlembagaan, Undang-Undang Hak Asasi Manusia, Undang-Undang Media dan juga Undang-Undang Siber.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Hafidz Hakimi Haron
Fri Feb 26 2021
Gesaan untuk Parlimen bersidang telah dibawa menghadap oleh Speaker Dewan Negara dan Dewan Rakyat untuk perhatian Seri Paduka Baginda beberapa hari yang lalu. - Foto Istana Negara
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.