POLITIK
Skandal diteliti tiada kaitan dengan Ismail Sabri atau KJ - Rafizi
Rafizi membuat pengumuman berkenaan susulan pelbagai tuduhan berlegar yang mendakwa skandal tersebut adalah berkaitan Ismail Sabri dan Khairy. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata skandal yang sedang beliau teliti tiada kaitan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mahupun bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Ringkasan AI
Ahli Parlimen Pandan itu membuat pengumuman berkenaan susulan pelbagai tuduhan berlegar yang mendakwa skandal tersebut adalah berkaitan Ismail Sabri dan Khairy, katanya melalui kenyataan yang disiarkan di Facebook rasminya pada Rabu.
Menurutnya, tuduhan tersebut timbul selepas beliau mendedahkan mengenai pertemuan dengan pemberi maklumat seminggu sebelum serangan ke atas anaknya pada 13 Ogos di Putrajaya.
“Tuduhan pertama, kononnya saya sedang meneliti satu kes yang melibatkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, konon melibatkan wang yang dicuci di luar negara.
“Tuduhan terkini, kononnya saya sedang meneliti satu lagi kes melibatkan Saudara Khairy Jamaluddin dan projek-projek semasa beliau menjadi Menteri Kesihatan, kedua-dua tuduhan ini tidak benar,” katanya lagi.
Menurut Rafizi lagi, Ismail Sabri dan Khairy turut dikaitkan dengan serangan tersebut, namun bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat itu menafikannya.
“Saya melihat timbulnya pelbagai berita tidak benar ini adalah satu usaha untuk mengalih perhatian rakyat dan siasatan.
“Lagi banyak cerita-cerita seperti ini timbul, lebih ramai yang akan membuat kesimpulan sendiri bahawa ia usaha untuk mengalih perhatian,” katanya.
Beliau turut berhubung dengan Ahli Parlimen Bera itu dan menyokong tindakannya untuk membuat laporan polis berkaitan berita palsu yang tersebar mengenai dakwaan ini.
Ringkasan AI
- Rafizi Ramli menafikan dakwaan bahawa skandal yang sedang disiasatnya melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri atau Khairy Jamaluddin, sebaliknya ia berkaitan urus niaga syarikat milik Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim.
- Serangan terhadap anak Rafizi pada 13 Ogos dikaitkan oleh sesetengah pihak dengan tokoh politik tertentu, namun Rafizi menegaskan tiada kaitan dan menyifatkan tuduhan itu sebagai cubaan mengalihkan perhatian daripada siasatan sebenar.
- Rafizi menyokong langkah Ismail Sabri untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran berita palsu dan menyeru agar fokus kekal pada siasatan yang sahih dan berfakta.