awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Lelaki terlelap ketika memandu, rempuh tembok pagar sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad Sukarelawan BN Sabah bantu mangsa bencana tanpa kira parti politik - Zahid

Khalis Khadir
Khalis Khadir
20/09/2025
13:30 MYT
Skuad Sukarelawan BN Sabah bantu mangsa bencana tanpa kira parti politik - Zahid
Ahmad Zahid (dua, kiri) menyempurnakan pelancaran Flag Off Skuad Sukarelawan BN Sabah di Bangunan UMNO Sabah, hari ini. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Skuad Sukarelawan Barisan Nasional (BN) Sabah dilancarkan bagi membantu mangsa yang terjejas dengan bencana alam di seluruh negeri itu.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan yang sudah aktif sejak Khamis lalu itu juga akan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan rasmi.
"Skuad ini berjalan sejak Khamis lalu ketika saya pergi ke kawasan banjir dan tanah runtuh di beberapa daerah. Bermula di situ, BN Sabah mencadangkan supaya skuad ini terus diwujudkan secara rasmi dan pelancarannya dibuat hari ini," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan skuad berkenaan di Menara UMNO, di sini, pada Sabtu.
“Pada peringkat awal, kita hanya menyewa empat lori tangki. Namun melihat kepada keperluan di lapangan, jumlah itu ditambah kepada lapan atau sembilan buah lori bagi mempercepatkan proses pembersihan di kawasan yang terjejas, termasuk rumah-rumah penduduk
"Kita akan jadikan skuad ini berdaftar dan digerakkan di 25 kawasan Parlimen di seluruh Sabah. Ia akan berjalan dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang akan menyelaras bersama-sama skuad ini ke kawasan tertentu jika berlaku bencana," ujarnya.
Menyentuh soal peruntukan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, tiada jumlah khusus ditetapkan kerana ia bergantung kepada tahap keperluan di lapangan.
Jelasnya, dana akan diperoleh melalui kerjasama beberapa badan korporat selain sokongan daripada parti.
Beliau menyifatkan, inisiatif dilaksanakan BN Sabah ini sejajar dengan konsep parti yang tidak bermusim dalam menggerakkan usaha membantu rakyat.
"Kita adalah parti tanpa musim dan skuad ini akan berada di mana-mana di Sabah jika berlaku bencana. Skuad ini terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk ahli parti lain selain BN, dalam membantu mangsa terjejas, kita buta warna politik,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#banjir
#UMNO
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan