awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slim Memilih: Sah, parti baharu Tun M pertaruhkan peguam di PRK DUN Slim

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2020
13:22 MYT
Slim Memilih: Sah, parti baharu Tun M pertaruhkan peguam di PRK DUN Slim
Parti baharu ditubuhkan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertaruhkan peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. - Gambar Amir Khusyairi
Parti baharu ditubuhkan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertaruhkan peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.
Bagaimanapun, Amir Khusyairi akan bertanding sebagai calon Bebas memandangkan parti baharu itu masih belum didaftarkan secara rasmi.
Dalam majlis pengumuman calon pada malam Rabu, Dr Mahathir turut menyerahkan Watikah Pelantikan kepada peguam itu.
Karier Amir Khushairi sebagai peguam bela, peguam cara dan peguam syariah bermula pada 2007 dan kini mempunyai dua firma guaman di Perak dan Selangor.
Peguam itu juga aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerap melibatkan diri dalam program kemasyarakatan termasuk memberikan penerangan dan klinik guaman secara percuma.
Dalam pada itu, antara pemimpin parti tersebut yang hadir termasuklah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Marzuki Yahya.
Selain itu, beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) seperti Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook turut hadir ke majlis tersebut.
Naib Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub dan bekas Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menghadiri majlis berkenaan.
Terdahulu, Pemangku Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim hujung bulan ini.
Pengumuman dilakukan Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad dalam sidang media khas di Felda Residence Trolak, pada Rabu.
Saarani berkata, pemilihan Zaidi dibuat setelah pucuk pimpinan UMNO meneliti, menilai dan mempertimbangkan senarai nama yang dicadangkan.
PRK DUN Slim akan diadakan 29 Ogos berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lepas akibat serangan jantung.
Topic Berkaitan
#DAP
#DUN
#Langkawi
#Mahathir Mohamad
#Mohamad Sabu
#Mukhriz Mahathir
#NGO
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#PPBM
#presiden
#PRK DUN Slim
#PRK Slim
#Salahuddin Ayub
#Slim
#syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan