awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slogan ‘Selamatkan Sabah’ dipersoal bekas pemimpin Warisan, dakwa hanya retorik

Astro Awani
Astro Awani
15/08/2025
03:00 MYT
Slogan ‘Selamatkan Sabah’ dipersoal bekas pemimpin Warisan, dakwa hanya retorik
Norazlinah berkata slogan itu mengulangi pendekatan lama yang gagal menarik sokongan rakyat, khususnya dalam kalangan pengundi Cina dan komuniti lain.
KOTA KINABALU: Slogan baharu Parti Warisan Sabah, “Selamatkan Sabah”, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dipersoalkan oleh dua bekas pemimpinnya yang mendakwa ia tidak lebih daripada retorik politik tanpa asas kukuh.

Ringkasan AI
  • Slogan "Selamatkan Sabah" dipersoal: Dua bekas pemimpin Warisan mendakwa slogan baharu parti itu hanyalah retorik politik tanpa asas kukuh menjelang PRN.
  • Kritikan terhadap rekod pentadbiran: Norazlinah dan Mohammad membidas pentadbiran Warisan terdahulu yang didakwa tidak inklusif serta gagal menangani isu asas seperti air dan jalan.
  • Krisis kepercayaan rakyat: Kedua-dua tokoh menyatakan keyakinan terhadap Warisan telah hilang, dan rakyat tidak lagi melihat parti itu sebagai pembawa harapan.

Bekas Ketua Wanita Warisan, Norazlinah Arif, berkata slogan itu mengulangi pendekatan lama yang gagal menarik sokongan rakyat, khususnya dalam kalangan pengundi Cina dan komuniti lain yang kecewa dengan pentadbiran parti itu sebelum ini.
“Bagaimana kita boleh percaya kepada perjuangan perpaduan jika semasa Warisan memerintah, pelantikan jawatan tinggi hanya tertumpu kepada satu komuniti?” soal ADUN Kunak itu dalam temu bual eksklusif bersama Free Malaysia Today (FMT).
Menurutnya, semasa pentadbiran Warisan dari 2018 hingga 2020, terdapat rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat berhubung isu pelantikan dalam agensi kerajaan negeri yang didakwa tidak mencerminkan semangat inklusif.
Norazlinah turut menyentuh keputusan Warisan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan kenyataan kontroversi semasa kempen PRU15 yang menurutnya menjejaskan hubungan dengan pengundi Cina.
Presiden Warisan, Shafie Apdal, ketika itu memohon maaf atas kenyataan “satu ekor Cina pun tiada jadi menteri” yang mencetuskan kritikan.
Seorang lagi bekas pemimpin Warisan, Mohammad Mohamarin, turut membidas slogan “Selamatkan Sabah” yang menurutnya tidak mencerminkan realiti pentadbiran negeri kini.
“Kerajaan GRS hari ini sedang berusaha menyelesaikan isu asas seperti air, elektrik dan jalan. Warisan dulu lebih dua tahun memerintah, tapi tiada inisiatif konkrit. Jadi, apa yang mahu diselamatkan?” soal ADUN Banggi itu.
Beliau menambah bahawa naratif yang dibawa Warisan seolah-olah Sabah dalam keadaan kritikal, sedangkan banyak kemajuan telah dicapai di bawah pentadbiran Hajiji Noor.
Kedua-dua mereka sependapat bahawa Warisan kini berdepan krisis kepercayaan dalam kalangan rakyat.
“Keyakinan terhadap Warisan sudah hilang. Rakyat tidak lagi melihat parti itu sebagai pembawa harapan,” kata Mohammad.
Topic Berkaitan
#Warisan
#PRN Sabah
#Kota Kinabalu
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan