awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar

Khalis Khadir
Khalis Khadir
03/01/2025
07:00 MYT
'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Anwar beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung ketika meluangkan masa melawat lokasi Lestari Niaga MADANI@KL 2 dan menikmati makan tengah hari di Pusat Penjaja Seksyen 10 Wangsa Maju hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng disifatkan sebagai hanya isu kecil.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan isu yang timbul itu bukan menjadi satu masalah besar.
“Soal Guan Eng itu tidak ada masalah, (setakat) mahu buat statement, kita redakan, sikit-sikit sahaja,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke Lestari Niaga Madani @ Wirawati pada Jumaat.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid pada Khamis mengingatkan Guan Eng supaya tidak menyinggung UMNO yang bersama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.
Katanya, zaman pemimpin DAP itu sudah berlalu dan seharusnya Ahli Parlimen Bagan terbabit memberi kepercayaan kepada pimpinan baharu parti berkenaan.
Kenyataan Ahmad Zahid itu sebagai reaksi terhadap kenyataan Guan Eng sebelum ini yang mengingatkan UMNO sebarang program bersama parti pembangkang khususnya Pas akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.
Guan Eng dilapor berkata, ia termasuk perhimpunan solidariti atau demonstrasi terutama himpunan aman tanda solidariti kepada Datuk Seri Najib Razak pada Isnin ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Lim Guan Eng
#Zahid Hamidi
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan