Skip to main content

Politik

Soal Ketua Pembangkang akan diumumkan nanti - Hamzah

Hamzah Zainudin, Reset Politik [ASTRO AWANI]
Hamzah berkata ia ditentukan oleh Ahli Parlimen Pembangkang namun beliau tidak akan menyeru kepada proses pengundian sokongan jawatan. - Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Soal kedudukan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat akan diumumkan kelak, kata Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah selaku Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Ketua Pembangkang berkata ia ditentukan oleh Ahli Parlimen Pembangkang namun beliau tidak akan menyeru kepada proses pengundian sokongan jawatan tersebut.

Advertisement

“Saya tak perlu menggunakan strategi sedemikian namun jika saya kekal sebagai Ketua Pembangkang ia menunjukkan mereka (Ahli Parlimen) bersama saya,” katanya ketika sidang media di majlis taklimat ‘Reset Politik’ di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di sini hari ini.

Pada masa sama, Hamzah turut menyatakan tiada perancangan untuk menyertai mana-mana parti politik setelah berstatus Ahli Parlimen Bebas dan masih mendapat sokongan daripada majoriti Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

“Saya kini bebas, saya telah menyeru semua (Ahli Parlimen) untuk bersama dengan saya, jika saya mendapat sokongan saya mempunyai beberapa pilihan yang lain,” katanya.

Namun sebelum itu, Hamzah menegaskan beliau masih kekal dengan jawatan tersebut walaupun telah dipecat sebagai Timbalan Presiden Bersatu, semalam.

“Wahai Bersatu dengar di sini, saya masih lagi Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen,” katanya ketika menyampaikan ucap tama di majlis yang sama.

Must Watch Video