POLITIK
Spekulasi KJ kembali jadi Menteri: 'Saya tiada maklumat, serah kepada PM' - Saifuddin
Saifuddin menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai spekulasi Khairy akan kembali menyertai barisan Jemaah Menteri. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai spekulasi bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, akan kembali menyertai barisan Jemaah Menteri.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurutnya, sebarang keputusan berhubung penyusunan semula Kabinet terletak sepenuhnya di bawah pertimbangan dan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya tiada maklumat mengenai perkara itu (Khairy kembali ke Kabinet). Saya ingat, pada November 2022, ketika kerajaan baharu dibentuk, Perdana Menteri ada meminta saya memberikan pandangan.
"Tapi, sekarang, selepas tiga tahun beliau mentadbir, Perdana Menteri sudah mempunyai maklumat yang cukup banyak dan saya fikir beliau berada pada kedudukan terbaik untuk menyusun barisan Jemaah Menterinya bila sampai masa," katanya pada sidang media selepas menghadiri Simposium Kecerdasan Buatan Transformasi Keselamatan 2025 di Putrajaya, di sini, pada Rabu.
Saifuddin berkata, beliau menghormati proses dan keyakinan terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri dalam menentukan barisan kepimpinan yang sesuai bagi memperkukuh pentadbiran kerajaan.
Selain Khairy, nama lain yang turut disebut adalah Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang dijangka menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Manakala Datuk Seri R Ramanan yang kini Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi didakwa akan menjadi menteri penuh serta menggantikan Datuk Ewon Benedick yang meletakkan jawatan, baru-baru ini.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai maklumat mengenai spekulasi bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, akan kembali menyertai barisan Jemaah Menteri.
- Keputusan berhubung penyusunan semula Kabinet terletak sepenuhnya di bawah pertimbangan dan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Saifuddin menyatakan bahawa beliau menghormati proses dan keyakinan terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri dalam menentukan barisan kepimpinan yang sesuai bagi memperkukuh pentadbiran kerajaan.
Menurutnya, sebarang keputusan berhubung penyusunan semula Kabinet terletak sepenuhnya di bawah pertimbangan dan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya tiada maklumat mengenai perkara itu (Khairy kembali ke Kabinet). Saya ingat, pada November 2022, ketika kerajaan baharu dibentuk, Perdana Menteri ada meminta saya memberikan pandangan.
"Tapi, sekarang, selepas tiga tahun beliau mentadbir, Perdana Menteri sudah mempunyai maklumat yang cukup banyak dan saya fikir beliau berada pada kedudukan terbaik untuk menyusun barisan Jemaah Menterinya bila sampai masa," katanya pada sidang media selepas menghadiri Simposium Kecerdasan Buatan Transformasi Keselamatan 2025 di Putrajaya, di sini, pada Rabu.
Saifuddin berkata, beliau menghormati proses dan keyakinan terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri dalam menentukan barisan kepimpinan yang sesuai bagi memperkukuh pentadbiran kerajaan.
Selain Khairy, nama lain yang turut disebut adalah Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang dijangka menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Manakala Datuk Seri R Ramanan yang kini Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi didakwa akan menjadi menteri penuh serta menggantikan Datuk Ewon Benedick yang meletakkan jawatan, baru-baru ini.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pandangan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai spekulasi kembalinya Khairy Jamaluddin ke dalam Kabinet?
A: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut. - Q: Siapakah yang bertanggungjawab menentukan penyusunan semula Kabinet?
A: Keputusan berhubung penyusunan semula Kabinet terletak sepenuhnya di bawah pertimbangan dan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Saifuddin berhubung isu kembalinya Khairy ke Kabinet?
A: Saifuddin menyatakan bahawa beliau menghormati proses dan keyakinan terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri dalam menentukan barisan kepimpinan yang sesuai bagi memperkukuh pentadbiran kerajaan.