awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR bakal tentukan kedudukan kerusi DUN Lamag

Sinar Harian
Sinar Harian
05/12/2025
02:50 MYT
SPR bakal tentukan kedudukan kerusi DUN Lamag
SPR bakal menentukan kedudukan kerusi DUN Lamag berikutan pemergian Datuk Seri Bung Moktar Radin yang memenangi kerusi itu pada PRN Sabah. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal menentukan kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berikutan pemergian Datuk Seri Bung Moktar Radin yang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 29 November lalu.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk James Ligunjang berkata, ini kerana Bung Moktar belum lagi mengangkat sumpah sebagai ADUN yang sah di hadapan Speaker DUN Sabah.
"Dalam keadaan begini, Speaker tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut.
"Ini bermakna ia berada di bidang kuasa SPR dan SPR lah yang akan menentukan kedudukan kerusi Lamag, sama ada mengadakan semula pilihan kecil atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi pemberita pada Jumaat.
Bercakap mengenai kedudukan Bung Moktar sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan, James berkata, tempoh kerajaan Madani sekarang akan berakhir pada 2027.
Pilihan Raya Umum (PRU) seterusnya mesti diadakan selewat-lewatnya pada atau sebelum 20 November 2027.
James berkata, jika tempoh itu kurang dua tahun maka mengikut peruntukan undang-undang sedia, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen tidak perlu diadakan.
Bagaimanapun, dalam hal ini, beliau berkata, Speaker Dewan Rakyat yang menentukan kedudukan kerusi Kinabatangan.
Dalam PRN Sabah baru-baru ini, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.
Bung Moktar meninggal dunia pada usia 66 tahun, kurang seminggu selepas dipilih sebagai ADUN Lamag untuk penggal kedua. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#DUN Lamag
#SPR
#James Ligunjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan