awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR nafi akan cetak nama asal Muhyiddin pada kertas undi PRU14

Bernama
Bernama
01/05/2018
02:16 MYT
SPR nafi akan cetak nama asal Muhyiddin pada kertas undi PRU14
MOHD HASHIM: Hasil semakan, dalam laman web SPR dan aplikasi MySPR Semak juga mendapati paparan nama yang tertera adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar fail
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menafikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya SPR akan mencetak kertas undi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi bahagian pilihan raya Parlimen P.143 Pagoh dengan menggunakan nama sebenar beliau iaitu 'Mahiaddin'.
Dalam kenyataan pada Isnin, Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menegaskan bahawa nama yang akan dicetak pada kertas undi tersebut adalah seperti mana yang tertera pada ruangan 3 Borang 4 dan 4A yang telah diterima SPR iaitu 'Tan Sri Muhyiddin Yassin'.
"Hasil semakan, dalam laman web SPR dan aplikasi MySPR Semak juga mendapati paparan nama yang tertera adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin melainkan nama dalam senarai Daftar Pemilih yang mengikut nama asal seperti mana di kad pengenalan beliau," katanya.
BACA: Jangan cetak nama saya sebagai 'Mahiaddin' - Muhyiddin Yassin
Katanya, berhubung dengan nama beliau yang juga Presiden PPBM yang tertera pada keputusan PRU13, SPR menjelaskan bahawa nama pemenang pilihan raya apabila diwartakan dalam Borang 16 akan tertera nama penuh atau nama sebenar pemenang dan bukannya nama pada kertas undi.
"Sehubungan dengan itu, SPR berharap dengan penerangan ini ia dapat memberi penjelasan terhadap perkara yang dibangkitkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aplikasi
#calon
#Laman web
#Mahiaddin
#Mohd Hashim Abdullah
#Muhyiddin Yassin
#nama
#pilihan raya umum
#PRU14
#semakan
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan