KUALA LUMPUR: Status keahlian bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam parti dijangka akan diketahui petang ini.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan mengesahkan perkara itu dalam sidang media selepas membuat tinjauan kerja ke tapak pembinaan perumahan program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di Sungai Besi, hari ini.
“Petang ini,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita.
Khairy sebelum ini membidas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Puad Zarkashi kerana mempersoalkan tindakannya memuji beberapa ahli parti yang membuat aduan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap keputusan UMNO untuk mengekalkan dua jawatan tertinggi parti itu daripada ditandingi dalam pemilihan parti.
Khairy mengkritik gesaan untuk menghalang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan oleh rakan-rakan dalam partinya dan menyifatkannya sebagai "kegilaan" dan cubaan untuk menyekat demokrasi.
Malah dalam kempennya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November lalu, bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut mendakwa, UMNO telah hilang arah dan perlu kembali ke akar umbinya.
Madiha Abdullah
Wed Jan 25 2023

Khairy sebelum ini mengkritik gesaan untuk menghalang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan oleh rakan-rakan dalam partinya. - Gambar fail BERNAMA

Disney umum buang 7,000 pekerja
SYARIKAT Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

Gempa Turkiye: Saya masih trauma - Pelajar Malaysia
Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di Universiti Gaziantep berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah.

Pantau Kerajaan Baharu | Impak Lawatan PM Ke Thailand

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.

AWANI Ringkas: Menu Rahmah tidak libatkan perbelanjaan kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Ibu lapor polis guru dorong anak masuk Islam
Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.

Banjir: 273 mangsa masih berlindung di lapan PPS
Sebanyak 273 mangsa banjir masih berada di lapan PPS di tiga negeri yang terjejas setakat 8 pagi ini.

Perolehan vaksin COVID-19 ikut prosedur - Khairy
Semua keputusan perolehan vaksin COVID-19 mendapat punca kuasa jemaah menteri dan kelulusan Kementerian Kewangan.

PN Selangor tiada pelawa KJ jadi calon PRN, MB - Zulkafperi
Zulkafperi berkata, setakat ini tiada perbincangan diadakan pimpinan Bersatu Selangor dengan Khairy berhubung tawaran berkenaan.

Sanusi harap ura-ura KJ sertai PN jadi kenyataan
Muhammad Sanusi berkata, orang hebat seperti KJ dialu-alukan sertai PN sementara yang tidak bagus berkumpul di PH.

Kalau benar KJ ada 'magnet', tubuh parti baharu - Puad
Sekiranya Khairy tidak berani tubuhkan parti baharu, beliau boleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pas.

Shahril risau pemimpin UMNO akan terus takut bersuara
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan risau UMNO akan menjadi parti yang pemimpinnya terus takut untuk bersuara kerana khuatir akan dibuang.

Bersatu belum lamar KJ secara rasmi - Ahmad Faizal
Bersatu masih belum melamar bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara rasmi untuk menyertai parti tersebut.

Sertai kerajaan hari ini bukan jalan mudah jadi PM - KJ
Berpeluang meneraju kerajaan adalah cita-cita jangka masa panjang dan bukan perkiraannya dalam langkah seterusnya yang akan diambil.

Saya takkan lakukan perkara yang akan ganggu kestabilan negara - KJ
Peluang harus diberi kepada kerajaan hari ini untuk mentadbir dengan tenteram bagi mendepani tempoh sukar yang mendatang.

Orang Melayu sudah 'move on' daripada UMNO - KJ
Orang Melayu sudah punyai alternatif lain sebagai sandaran untuk pembelaan bangsa dan agama.

Hishammuddin maklum terima surat digantung keahlian UMNO
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan menerima surat rasmi berhubung penggantungan keahlian UMNO selama enam tahun.