POLITIK
Status MIC akan ditentukan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN Januari depan - Zahid
Ahmad Zahid berkata, isu berkenaan tidak dibincangkan dalam agenda Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 yang akan berlangsung pada Januari ini. - Foto Astro AWANI/ Abdul Wafi Norazmi
SEKINCHAN: Status MIC akan diputuskan semasa Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada tahun depan, kata pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menyatakan isu berkenaan tidak dibincangkan dalam agenda Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 yang akan berlangsung pada Januari ini.
“Kita akan adakan mesyuarat tertinggi BN pada Januari tahun depan dan kita akan putuskan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengumuman Pakej Lengkap Desa Kirana di Dataran Pantai Batu 13 di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 memutuskan untuk menangguhkan keputusan sama ada parti itu akan kekal atau keluar daripadan BN.
Bagaimanapun, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran memaklumkan bahawa ketiga-tiga usul, termasuk cadangan untuk keluar daripada BN, telah diterima dan diserahkan kepada pimpinan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) untuk penelitian lanjut.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO meminta perwakilan UMNO Sabah membantu kempen Piihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.
Saranan tersebut timbul kerana tarikh penamaan calon bagi PRK tersebut diadakan pada 10 Januari sekali gus menjadi tempoh berkempen yang akan berjalan serentak dengan PAU 2025 pada 14 hingga 16 Januari depan.
“Saya telah meminta agar perwakilan-perwakilan daripada Sabah untuk membantu PRK di Kinabatangan dan di DUN Lamag namun jika mereka telah membeli tiket dan menempah bilik kita tidak menghalang untuk mereka datang,” katanya lagi.
Beliau turut memaklumkan bahawa siaran langsung persidangan akan disediakan secara dalam talian di semua 25 bahagian di Sabah bagi memudahkan perwakilan mengikuti persidangan tersebut
Tambahnya, pada 2026, PAU akan diadakan dua kali, masing-masing bagi tahun 2025 dan 2026, dengan persidangan bagi tahun 2026 dijangka berlangsung pada hujung tahun.