[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
POLITICS

Status undian di Parlimen Tangga Batu jadi tanda tanya

Sinar Harian 09/05/2018 | 12:57 MYT
Status undian di Parlimen Tangga Batu jadi tanda tanya. - Foto: Sinar Harian
Status undian di Parlimen Tangga Batu masih menjadi tanda tanya apabila tiada satu pun peti undi tiba setakat jam 8.25 malam ini.
Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu menimbulkan persoalan dalam kalangan wakil media yang menunggu di Dewan Keris Laksamana, Kompleks Penjara Sungai Udang dari jam 5 petang tadi.
Setakat ini hanya seorang kelibat calon BN Dun Paya Rumput, Datuk Abu Bakar Mohamad Diah tiba di pusat perjumlahan rasmi undi ini.
#Barisan Nasional #calon #MalaysiaMemilih #Media #Parlimen #penjara