awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Struktur dan sistem membentuk pemimpin yang baik - Pengasas Undi18

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
03/07/2021
16:25 MYT
Struktur dan sistem membentuk pemimpin yang baik - Pengasas Undi18
Tharma berkata, rakyat perlu sedar perubahan hanya boleh berlaku apabila mereka mempunyai mentaliti bahawa politik akan memberi kesan kepada setiap lapisan masyarakat dan peringkat kehidupan. - Gambar hiasan/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Golongan pemimpin muda di negara ini berpendapat struktur dan sistem yang baik akan membentuk pemimpin yang baik, kata Pengasas bersama Undi18, Tharma Pillai.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai perubahan pemikiran yang perlu dilakukan anak muda di Malaysia dalam memilih pemimpin, yang sekali gus membezakan mereka dengan golongan pengundi veteran.
"Jika anda tanya pemimpin muda, mereka akan beritahu pimpinan yang baik bukan pada individu tapi struktur dan sistem yang akan membentuk pemimpin," tegasnya dalam dalam sesi webinar bertajuk Empowering Voters When Elected Leaders Party Hop, malam ini.
Mengulas lanjut mengenai perbezaan pemikiran itu, beliau berkata beberapa lagi kebiasaan orang lama yang perlu diubah generasi muda termasuk fokus kepada bangsa dan agama ketika memilih pemimpin.
"Bercakap mengenai perbezaan generasi, saya percaya anak muda perlu cuba ubah kebiasaan orang lama. Kebiasaan yang bagaimana? Fokus mereka pada bangsa dan agama. Ini kerana data menunjukkan golongan ini (veteran) lebih tertarik untuk mengundi pemimpin daripada bangsa dan agama yang sama.
"Kedua, faktor feudalism di mana mereka tak mahu dianggap kurang ajar terhadap sesetengah pemimpin, walaupun pemimpin itu mengecewakan mereka.
"Ketiga, terdapatnya konsep anda kena pilih pemimpin yang betul dan fokus orang persendirian dan perubahan yang mereka boleh bawa," katanya lagi.
Dalam pada itu, Tharma mengakui peranan penting pengundi veteran yang dilihat mempunyai kuasa besar dalam membawa perubahan, namun masalahnya adalah golongan itu tidak sedar kuasa dimiliki mereka.
"Masyarakat sudah beri mereka (pengundi veteran) kuasa tetapi persoalannya adakah mereka nak guna kuasa itu, adakah mereka sedar apa yang sedang berlaku?," katanya.
Beliau berkata, rakyat perlu sedar perubahan hanya boleh berlaku apabila mereka mempunyai mentaliti bahawa politik akan memberi kesan kepada setiap lapisan masyarakat dan peringkat kehidupan.
Topic Berkaitan
#politik
#pandemik
#Malaysia
#pengundi
#parti politik
#ahli politik
#Tharma Pillai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan