Sudah berjaya jangan besar kepala - Muhyiddin

Arfa Yunus, Wan Syamsul Amly, Rahimah Abdullah, Hilal Azmi
Disember 28, 2018 15:27 MYT
MUHYIDDIN: Berusahalah sehabis daya untuk menyelesaikan segala permasalahan rakyat. Sedarlah bahawa rakyat sedang menilai pencapaian kita sebagai kerajaan. -Bernama
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua ahli Bersatu untuk menjaga amanah yang telah diberikan kepada mereka.
Katanya, laksanakan amanah sebaik mungkin terutamanya kepada mereka yang berada di dalam kerajaan.
"Tumpukan sepenuh perhatian kepada tugas dan tanggungjawab sebagai anggota kerajaan. Kurangkan berpolitik, banyakkan bekerja.
"Berusahalah sehabis daya untuk menyelesaikan segala permasalahan rakyat. Sedarlah bahawa rakyat sedang menilai pencapaian kita sebagai kerajaan," katanya ketika merasmikan persidangan tahunan pertama sayap Srikandi dan Armada pada Jumaat.
Beliau pada masa sama turut berkongsikan sajak oleh Tennas Affendi.
#Muhyiddin Yassin #PATBersatu2018 #Persidangan Armada #Persidangan Tahunan Srikandi #PPBM #Presiden Bersatu