KUALA LUMPUR:Sudah tiba masanya untuk Barisan Nasional (BN) meletakkan kepentingan akar umbi untuk kekal relevan kepada rakyat.
Demikian jelas Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Isnin.
Ujarnya, kepentingan dan suara akar umbi amat penting dan perlu diambil perhatian berbanding persahabatan dengan parti lain.
"Ini menunjukkan bahawa kalau kita mampu menunjukkan kepimpinan, keikhlasan, kejujuran dalam apa kita lakukan dan buktikan pada rakyat... akhirnya rakyat akan tentukan jatuh bangun kita.
"Kalau itu kita dapat buktikan kepada rakyat, saya rasa BN boleh keluar daripada keadaan hari ini kepada keadaan yang lebih kuat.
"Itu semua kemungkinan dan tidak perlu kita tentukan hari ini, yang penting akhirnya kita ada penyokong kita di peringkat akar umbi yang kita perlu beri keutamaan sebelum kita fikir hubungan kita dengan orang lain. Kita kena jaga rumah tangga kita dulu," katanya.
Jelasnya, meskipun terdapat perbezaan pendapat namun BN perlu bergerak bersandarkan kepentingan rakyat pelbagai kaum.
Mengulas mengenai sokongan terhadap Belanjawan 2021, tambahnya pendirian BN tetap sama iaitu sokongan bersyarat seperti mana yang dikatakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.
"BN dah buat keputusan, parti dah buat pendirian, saya tidak tahu apa akan berlaku Khamis (penggulungan Belanjawan 2021) ini.
"Ikut perkembangan terkini, saya tengok tiada perubahan, apa yang ditegaskan dan diumumkan oleh parti.
"Jika sesuatu berlaku? Kalau sesuatu berlaku, we cross the river when we reach the bridge," katanya lagi.
Terdahulu Mesyuarat Dewan Tertinggi BN berlangsung jam 9.00 malam Isnin dan berakhir kira-kira dua jam selepas itu.
Fareez Azman
Mon Nov 23 2020

HISHAMMUDDIN: Kita ada penyokong kita di peringkat akar umbi yang kita perlu beri keutamaan sebelum kita fikir hubungan kita dengan orang lain. - Gambar fail

UMNO perlu beri peluang peluang kepada pemimpin muda - Tun Faisal
UMNO perlu menonjolkan imej yang baik serta mempunyai sistem penggantian kepimpinan baharu untuk kekal relevan dan diterima rakyat.

AWANI Ringkas: Ahli politik tanam pokok ganja di rumah ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [22/01/2021]: Kes kematian COVID-19 tertinggi | Desakan Zahid Hamidi berundur AWANI 7:45 [22/01/2021]: Kes kematian COVID-19 tertinggi | Desakan Zahid Hamidi berundur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6589197031611319889674/1886817_34973804091611320339309_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [22/01/2021]: Kes kematian COVID-19 tertinggi | Desakan Zahid Hamidi berundur
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Dzulfitri Yusof dan Nailah Huda. - 18 kes kematian pada Jumaat, 3,631 kes baharu dilaporkan. - Kemusnahan Hutan Simpan Segari, pemaju gagal kemuka notis mula projek kuari. - Jual dadah diproses sendiri, bekas calon PRU-14 ditahan polis. #Darurat #HapusCOVID19 Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro Awani, Astro Awani apps dan astroawani.com/live-tv

Kedai kopi mini jadi trend di China
Kedai kopi mini kini makin menjadi pilihan pelanggan di China kerana konsepnya yang mudah bagi menikmati minuman kegemaran mereka itu. Operasinya juga fleksible kerana hanya memerlukan ruang yang kecil di kawasan tumpuan ramai sementara pelanggan boleh berkongsi meja untuk makan dan minum.

KDNK Tibet meningkat 7.8 peratus tahun 2020
Wilayah Autonomi Tibet, China menunjukkan prestasi memberangsangkan bagi tahun 2020 dengan keluaran dalam negara kasarnya meningkat 7.8 peratus berbanding 2019 sementara jangka hayat penduduk juga semakin panjang iaitu 71.1.

Trak bawa bahan letupan meletup, lima maut
Sebuah trak yang membawa bahan letupan, meletup di sebuah kuari di selatan India mengakibatkan sekurang-kurangnya lima maut.

ASEAN komited realisasikan ADM 2025
Kesemua 10 negara anggota ASEAN menyatakan kesediaan mereka dalam merealisasikan Pelan Induk Digital ASEAN 2025 (ADM 2025). Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata ia bakal menjadi kerangka hala tuju dalam mendukung aspirasi digital dan mengukuhkan kerjasama serantau dalam membangunkan sektor digital ASEAN.

COVID-19 | Rekod kematian di Jerman lepasi 50,000
Jumlah kematian akibat COVID-19 di Jerman terus catat peningkatan dengan lebih 50 ribu mangsa, meskipun jumlah jangkitan baharu menunjukkan penurunan sejak beberapa minggu lalu.

22 loji rawatan air di Sabah bermasalah, perlu ditangani segera - Bung Moktar
Sebanyak 22 loji rawatan air di Sabah mengalami masalah dan perlu diatasi segera bagi memastikan penduduk negeri itu menerima bekalan air bersih.

Letupan lombong | 15 hari lagi sebelum pelombong diselamatkan
Sekumpulan pekerja yang terperangkap dalam lombong emas bawah tanah di China sejak 10 Januari lalu mungkin perlu menunggu 15 hari lagi sebelum diselamatkan.

Madius ajak MP BN tolak Muhyiddin sertai PH Plus
Madius mengajak Ahli Parlimen BN yang tidak sebulu dengan Muhyiddin menyertai Pakatan Harapan (PH) Plus.

‘Baru saya sedar, rupanya saya tak ada PhD’ - Annuar Musa
"Baru saya sedar rupanya saya tak ada PhD". Demikian seloroh Tan Sri Annuar Musa menerusi laman Twitternya petang Ahad.

"Ke pasar raya boleh, kenapa mengundi dengan SOP ketat tidak boleh?" - Ahmad Maslan
Itu pertanyaan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, yang mempertahankan cadangan agar pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan ketika ini.

Ahmad Jazlan tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional
Perkara itu dimaklumkan dalam satu sidang media di Kota Bharu pada Sabtu.

Zahid perlu jelaskan kepada akar umbi keputusan 'pecat' Annuar - Exco Pemuda UMNO
Perbezaan pandangan walaupun dalam parti yang sama perlu diraikan dan keputusan menukar Annuar harus dijelaskan secepat mungkin kepada akar umbi.

Penggantian Setiausaha Agung BN akan disahkan dalam Dewan Tertinggi BN - Shahril
Penggantian Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) akan disahkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat.

"Lain tergigit,lain yang pedas..."- Annuar Musa
"Lain tergigit,lain yang pedas.." kata bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) melalui satu ciapan di Twitternya pada Rabu.

Annuar dakwa wujud gerakan kerjasama UMNO-DAP
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa wujud gerakan UMNO untuk bekerjasama dengan DAP termasuk membentuk kerajaan baharu.

Annuar Musa enggan bersubahat dengan Zahid Hamidi
"Dengan perbezaan prinsip ini, adalah lebih baik saya tidak bersubahat dengan hala tuju Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi." - Annuar Musa

Dipecat sebagai Setiausaha Agung BN, Annuar Musa jumpa wartawan esok
Beliau memohon maaf kerana tidak dapat memberi reaksi kepada pihak media berhubung isu pemecatannya hari ini.