awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azizulhasni raih emas acara pecut elit siri trek ASEAN
Pelabuhan Tanjung Pelepas pecah rekod kendali 14 juta TEU pada 2025
Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 8 hingga 14 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukar kait lompat parti dengan jenayah, Zahid sokong Akta antilompat parti

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
30/09/2021
04:02 MYT
Sukar kait lompat parti dengan jenayah, Zahid sokong Akta antilompat parti
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyokong agar mewujudkan Akta antilompat parti dan Pemecatan Ahli Parlimen. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO menegaskan pihak berkuasa sukar untuk mengaitkan perbuatan lompat parti dengan unsur jenayah.
Justeru itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyokong agar mewujudkan Akta antilompat parti dan Pemecatan Ahli Parlimen.
Katanya, jenayah sukar dikaitkan dengan individu melompat parti yang kemudiannya mendapat jawatan daripada anasir sogokan.
"Setakat ini tiada sebarang akta atau undang-undang dalam negara berkaitan lompat parti, kita pernah menyaksikan begitu ramai wakil rakyat sewenang-wenang lompat parti selepas PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14).
"Tanpa mempedulikan tentang rakyat mengundi mereka atas dasar parti politik yang mereka wakili, ini suatu lagi penipuan terhadap pengundi selain daripada penipuan manifesto," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berkata, sewajarnya kerusi disandang individu yang melompat parti dipertandingkan semula bagi mengabsahkan pilihan pegundi.
"Gejala ini boleh menghakis keyakinan rakyat kepada sistem demokrasi negara," ujarnya.
Pada 2 September lalu, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, menghantar notis cadangan usul 'Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021' kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun juga mengesahkan pihaknya telah menerima usul Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said yang mencadangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021.
Bagaimanapun, katanya keputusan belum dibuat untuk menyenaraikan usul itu dalam aturan urusan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-14 pada 13 September hingga 12 Oktober depan.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Azalina Othman
#Akta Anti Lompat Parti
#Pemecatan Ahli Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan