awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebanyak 618 kemudahan kesihatan berisiko ditutup di Somalia - WHO
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor tegur pemimpin politik

Astro Awani
Astro Awani
28/08/2015
11:34 MYT
Sultan Johor tegur pemimpin politik
Sultan Johor turut menegur pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab apabila berkata-kata. - Facebook/Johor Southern Tigers
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menasihatkan ahli politik supaya tidak mencampuri urusan Istana Johor atau cuba membuat kenyataan yang mengaitkan pihak istana.
Dalam titahnya, Baginda turut menegur pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab apabila berkata-kata.
"Apa yang saya pentingkan adalah kesejahteraan hidup rakyat saya dan kemakmuran negeri Johor mesti dijaga melalui perpaduan dan pengukuhan muafakat bangsa Johor.
"Oleh itu, suka saya nasihatkan di sini kepada ahli-ahli politik antaranya ADUN Kempas, supaya jangan mencampuri urusan Istana Johor atau cuba membuat kenyataan yang mengaitkan pihak istana," titah Baginda.
Baginda menegaskan bahawa tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik walaupun banyak pemimpin politik yang datang mengadap dan meluahkan cerita mereka.
Baginda bertitah demikian sempena Majlis Perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, pada Jumaat.
Titah Baginda itu juga turut disiarkan di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.
Sebelum ini, ADUN Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid dilaporkan membuat kenyataan bahawa amaran Tengku Mahkota Johor, Brigadier Jeneral Tunku Ismail kepada ahli politik yang cuba mendekati ayahandanya untuk kepentingan peribadi, patut juga dinyatakan kepada golongan taikun perniagaan negeri.
Titah Sultan
Titah Sultan
Topic Berkaitan
#politik
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan