POLITICS
Sultan Nazrin berkenan bubar DUN Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menyampaikan titah pada istiadat menzahirkan pengumuman pembubaran DUN ke-13 Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, hari ini, 9 April, 2018. --fotoBERNAMA
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-13 dibubarkan berkuatkuasa hari ini (April 9).
Baginda menzahirkan perkara itu pada Majlis Pengumuman Pembubaran DUN Perak ke-13 di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, sebentar tadi.
Pada majlis itu baginda turut menzahirkan penghargaan atas perkhidmatan Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang telah memimpin kerajaan Perak sejak 7 Mei 2013, setelah mendapat perkenan Sultan untuk mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak.
Sultan Perak juga menzahirkan penghargaan kepada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri begitu juga kepada semua ahli Dewan Negeri Perak ke-13 yang telah menyempurnakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#bubar DUN
#kerajaan
#Kuala Kangsar
#Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
#MalaysiaMemilih
#menteri
#Menteri Besar
#Perak
#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
#Sultan Perak
#Zambry Abd Kadir