awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUPP wujudkan unit muda dan sayap puteri bagi tarik golongan belia

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
16/01/2022
10:07 MYT
SUPP wujudkan unit muda dan sayap puteri bagi tarik golongan belia
Jelas Michael Tiang, tiada keperluan untuk SUPP membentuk sayap baharu bagi menarik penyertaan belia kerana had umur minimum keahlian telah pun ditetapkan kepada 18 tahun sejak parti itu ditubuhkan - Astro AWANI
KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tidak akan membentuk sayap baharu bagi menarik keahlian belia berusia 18 hingga 28 tahun ke dalam parti itu.
Jelas Ketua Pemuda SUPP, Michael Tiang, had umur mimum keahlian SUPP telah pun ditetapkan kepada 18 tahun sejak ditubuhkan pada tahun 1959.
Justeru, semasa perjumpaan tahunan jawatankuasa pusat pada Sabtu, SUPP telah menentukan pembentukan satu unit di bawah sayap pemuda yang dikhaskan untuk kelompok umur berkenaan.
“Maka sesiapa yang telah berusia 18 tahun mereka mempunyai kelayakan untuk menjadi ahli SUPP.
"Tiada keperluan untuk kita menggubal undang-undang parti ini untuk menubuhkan sayap baharu untuk mereka yang berusia 18 hingga 28 tahun, jadi kita tubuhkan sebuah unit dipanggil unit muda,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Tahunan Perwakilan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 2021 di Ibu Pejabat SUPP, Dewan Sa’ati pada Ahad.
Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu, unit berkenaan yang diletakkan di bawah sayap pemuda SUPP akan membentuk satu pelan pembangunan yang lebih berfokus kepada pengundi belia di negeri itu.
“Unit Muda ini akan berperanan untuk membentuk dan melaksanakan program yang direka khusus bagi golongan belia usia 18 hingga 28 tahun yang mana secara keseluruhannya, mereka merancang strategi baru untuk mendekati kumpulan sasar sebagai ahli parti.
“Dan kami dari sayap pemuda maklum kumpulan umur ini mempunyai keperluan dan aspirasi yang berbeza berbanding kumpulan umur yang lain, dan harapan kami agar unit ini dapat diselaraskan dengan program dan aktiviti baharu kami,” katanya.
Selain unit muda, sayap puteri untuk keahlian golongan belia dalam kelompok umur yang sama juga akan ditubuhkan sebagai unit berasingan yang akan dipimpin dan dikendalikan sendiri oleh ahlinya.
Menurut Ketua Sayap Wanita SUPP, Kho Teck Wan, bimbingan secara khusus akan dibuat bersama ahli sayap wanita sebagai penasihat kepada pergerakan sayap puteri yang akan datang.
“Kita sedar bahawa wanita SUPP sendiri tidak mampu untuk menarik perhatian pengundi muda untuk menyertai parti ini maka dengan perancangan yang rapi, sayap puteri ini akan memimpin kumpulan mereka.
“Maka kami di sayap wanita akan menjadi penasihat, kepada kelompok ini agar mereka boleh terbang dan jika mereka melakukan kesilapan, kami akan datang membantu mereka mengikutvapa yang telah kita rancang,” katanya.
Topic Berkaitan
#Parti Rakyat Bersatu Sarawak SUPP
#Michael Tiang
#Kho Teck Wan
#Belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan