awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surat Anwar: Orang lain mungkin tidak bersependapat dengannya - Tengku Razaleigh

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
17/05/2016
08:35 MYT
Surat Anwar: Orang lain mungkin tidak bersependapat dengannya - Tengku Razaleigh
TENGKU RAZALEIGH: Orang lain mungkin tidak sependapat dengan Anwar.
Surat dari bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan kegusarannya tentang bahaya penglibatan parti tersebut dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah hanya berdasarkan pemerhatiannya.
Ini adalah pendapat veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah semasa mengulas tentang surat lapan halaman bertulis tangan yang mengingatkan pemimpin PKR supaya tidak terbawa-bawa dengan Deklarasi Rakyat.
"Itu adalah pemerhatian Anwar.. orang lain mungkin tidak sependapat dengannya," katanya semasa satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tengku Razaleigh berkata Dr Mahathir mempunyai objektifnya yang tersendiri.
"Objektif dia kita tahu apa dia. Jadi dia akan cuba tonjolkan objektif itu supaya tercapai dan dia nampak bersungguh-sungguh hendak hasilkan apa yang diperjuangkannya dan kumpulannya," kata Tengku Razaleigh.
Beliau berkata demikian apabila ditanya apakah pendapatnya mengenai sesetengah pendapat yang mengatakan Dr Mahathir kini 'lebih pembangkang daripada pembangkang'.
Surat lapan muka surat bertajuk 'Warkah dari penjara' itu pertama kali disiarkan di satu laman Facebook Pemuda PKR Pulau Pinang.
Menurut laporan Malaysiakini, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam reaksinya kepada surat tersebut berkata surat itu datang tepat pada masanya.
Katanya, ia meletakkan kembali konteks asal dan rangka kerja bagi sebarang kerjasama lanjut hendak diteruskan dan ia mengingatkan pemimpin parti itu bahawa tidak ada jalan pintas dalam mengalahkan Barisan Nasional.
BACA: Wan Azizah, Nurul Izzah sifatkan surat Anwar hal dalaman PKR
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#berita politik
#Mahathir Mohamad
#PKR
#tengku razaleigh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan