awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surat tular: Jika betul, maka usul tambahan PAU 2023 adalah tidak sah - Khairy

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2023
06:38 MYT
Surat tular: Jika betul, maka usul tambahan PAU 2023 adalah tidak sah - Khairy
Khairy menerusi perkongsian di akaun Instagramnya berkata jika kandungan surat terbabit betul, maka usul tambahan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 adalah tidak sah. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut memberi reaksi terhadap penularan surat yang didakwa daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada Selasa.
Khairy menerusi perkongsian di akaun Instagramnya berkata sekiranya kandungan surat terbabit betul, maka usul tambahan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 adalah tidak sah.
"Jika surat ini betul, usul PAU UMNO yang dibawa oleh UMNO Rembau (bahagian Mat Hasan) untuk melindungi Presiden dan Timbalan Presiden daripada pertandingan adalah TIDAK SAH.
"Tetapi tindakan TIDAK SAH ini mendapat pengecualian daripada Menteri Dalam Negeri," tulis Khairy.
Surat tular yang didakwa daripada RoS dan disiarkan menerusi laman Facebook Planetmalaya itu antara lain memaparkan keputusan RoS terhadap usul tambahan terbabit.
Surat berkenaan turut mengatakan bahawa UMNO hendaklah mengambil tindakan pembetulan dengan tidak mengetepikan Perlembagaan UMNO di bawah Fasal 9.3 dalam pelaksanaan Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO.
Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian kepada UMNO berhubung usul tiada pertandingan bagi dua jawatan teratas parti berkenaan dalam pemilihan akan datang.
Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Astro AWANI sedang mendapatkan komen daripada UMNO berhubung isu ini.
Topic Berkaitan
#ros
#Khairy Jamaluddin
#surat tular
#usul tambahan tidak sah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan