SHAH ALAM: Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad menyifatkan penularan audio palsu yang membabitkannya sebagai satu percaturan politik yang jahat dan jijik.
Syed Mohd Fazmi dalam satu kenyataan pada Jumaat turut menafikan bahawa rakaman audio yang tular itu adalah suaranya.
“Saya terkejut dan kecewa dengan penyebaran audio berkenaan yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dengan bekas Ahli Parlimen Jempol yang juga Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.
“Penularan audio palsu itu merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik.
"Tindakan itu juga membuktikan usaha berterusan untuk memusnahkan reputasi saya sebagai Setiausaha Politik kepada perdana menteri kesembilan,” jelasnya.
Beliau turut menyifatkan penyebaran audio palsu itu sebagai konspirasi jahat dan terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Justeru, Syed Mohd Fazmi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membuktikan bahawa rakaman itu adalah satu fitnah jahat.
“Saya berharap siasatan dapat dilakukan bagi mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab di sebalik perbuatan ini,” jelasnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 25 2022

Syed Mohd Fazmi turut menyifatkan penyebaran audio palsu itu sebagai konspirasi jahat dan terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan Ismail Sabri. - Foto Sinar Harian

SSM cadang semak semula kriteria pengecualian audit bagi syarikat persendirian di Malaysia
SSM berkata, cadangan semakan semula itu akan dijalankan melalui kaedah konsultatif.

Parti pembangkang India mahu Adani Group disiasat
Tuntutan parti pembangkang supaya isu itu dibincangkan di parlimen ditolak.

Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

10 Berita Pilihan - (02 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Stadium Shah Alam | Kos akan diperincikan selepas selesai sesi libat urus
Kos pembangunan semula Stadium Shah Alam akan diperincikan selepas pameran dan sesi libat urus awam berkaitan stadium itu selesai, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Letupan Masjid | Pengebom bunuh diri berpakaian seragam polis
Pasukan penyiasat Pakistan mengesahkan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di Peshawar memakai seragam pihak berkuasa itu ketika melancarkan serangan terbabit. Perkembangan mengenai tragedi yang mengorbankan hampir 100 nyawa itu dimaklumkan ketua polis daerah Khyber Pakhtun-Khwa, Moazzam Jah Ansari.

Ismail Sabri ziarah bekas wartawan Utusan yang diuji masalah kesihatan
Ismail Sabri mula mengenali Rosli Manah yang banyak membantu karier seni anak beliau, Dafi.

Pemecatan, penggantungan pemimpin UMNO tidak patuh proses perundangan - Ismail Sabri
Ismail Sabri menjelaskan beliau tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat itu kerana ia tidak mematuhi proses perundangan.

Harga bahan mentah: 'Kita dengar pandangan Ismail Sabri' - PM
Kerajaan Perpaduan sentiasa berusaha menyelesaikan isu kenaikan harga bahan mentah yang menjadi fokus utama pentadbiran, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ismail Sabri belum putuskan pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang.

"Saya harap Bajet 2023 yang dibentang semula ditambah baik" - Ismail Sabri
Berharap semua projek pembangunan yang dibentangkan dalam Bajet 2023 pada tahun lalu, khususnya yang menjaga kepentingan rakyat.

"Bercuti di Dubai pun dikait Langkah London" - Ismail Sabri perjelas sebab berdiam diri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini tampil menjelaskan tindakan beliau yang dilihat mendiamkan diri khususnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PAU2022: Presiden, timbalan tak dipertanding, Ismail Sabri bimbang UMNO sukar tarik orang muda
Ismail Sabri berkata, keputusan tersebut jelas bertentang dengan hasrat dan aspirasi golongan muda.

Saman Lokman Adam: Ismail Sabri peroleh injuksi sehingga kes selesai
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan bagi mendapatkan perintah injunksi oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kes saman fitnah terhadap Lokman Adam.

Zahid enggan ulas 'Langkah London'
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas 'Langkah London' yang kini banyak dibangkitkan sejak beberapa hari lepas.

Ismail Sabri hargai Perdana Menteri teruskan inisiatif Keluarga Malaysia
Antara inisiatif yang diteruskan ialah Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Keluarga Malaysia dan Bantuan Musim Tengkujuh.