awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq dakwa terdapat usaha nafikan hak rakyat di Muar

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2023
07:25 MYT
Syed Saddiq dakwa terdapat usaha nafikan hak rakyat di Muar
Syed Saddiq mendakwa langkah itu dibuat berikutan keputusannya menarik diri daripada gabungan kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa terdapat usaha untuk menghentikan pembinaan dewan serba guna di empat sekolah di kawasannya.
Dalam ucapan membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, Syed Saddiq mendakwa tindakan itu dibuat berikutan keputusannya menarik diri daripada gabungan kerajaan.
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu memberitahu Dewan Rakyat bahawa adalah tidak adil jika pelajar dan guru dihukum atas isu politik.
“Di Muar (kerajaan) telah luluskan pembinaan empat dewan baharu. (Infrakstruktur ini) bukan milik Syed Saddiq (tapi) milik cikgu, PIBG sekolah dari satu generasi ke generasi lain.
“Saya dengar kerana saya memilih pihak pembangkang, walau perkara ini dah dilulus berbulan-bulan yang lepas, ada ura-ura bahawa mereka ingin menyekat dan memberhentikan pembinaan dewan baharu ini.
“Adakah kerajaan Madani pada hari ini ingin menghukum cikgu, anak-anak muda daripada keluarga miskin yang inginkan infrastruktur asas ini? Ini tak adil,” dakwanya.
Dalam ucapannya, Syed Saddiq mengingatkan kerajaan bahawa mereka tidak akan sentiasa berkuasa dan dengan itu harus adil dalam mengagihkan dana kepada ahli Parlimen.
“Betulkan sistem ini sebelum terlambat. Ingat, politik itu ada naik dan turun. Hari ini kita pembangkang, esok kita kerajaan.
“Jikalau kamu dikenakan seksaan yang sama, adakah kamu suka perkara ini? Dengar, ingat, cermin diri sendiri dahulu,” katanya.
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Muar
#dewan serba guna
#henti projek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan