KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan Sufian, kedua-duanya tidak bersetuju dengan tindakan Howard Lee yang menggunakan ayat al-Quran menerusi video yang tular baru-baru ini.
Kedua-dua ahli politik itu beranggapan kurang sesuai Ahli Parlimen Ipoh Timur itu menggunakan ayat al-Quran apatah lagi dengan persepsi DAP tidak mesra kepada Islam.
Bercakap dalam podcast Keluar Sekejap bersama Tiber pada Selasa, Shahril Hamdan menegaskan beliau tidak menyokong tindakan sedemikian.
Khairy pula berkata, meskipun ayat digunakan adalah ayat lazim buat ahli politik namun beliau berpendapat ia adalah langkah kurang bijak daripada Howard Lee.
“Kurang sesuai. Sebab antara serangan Pakatan Harapan (PH) kepada Pas dan Perikatan Nasional (PN) adalah kerana tunggang agama… menggunakan agama untuk hujah politik, untuk kepentingan politik.
“Saya tak nampak apa beza daripada apa yang Howard buat. Ada juga isu lain yang orang lihat, apabila melihat orang Islam cuba nak mengajar orang Islam, bagaimana untuk tafsir ayat suci mereka sendiri.
“Secara peribadi, saya tak sokong,” kata Shahril Hamdan.
Khairy pula berkata: “Itu ayat untuk bangkitkan kesetiaan. Ahli politik memang tahu ayat ini tapi kita kena betul-betul berhati-hati.
“Mungkin kita nak rujuk kitab lain untuk bantu pemahaman dalam sesuatu isu tapi kita kena faham konteks hari ini. Konteks hari ini, DAP ada persepsi 'anti-Islam'.
“Dia tuduh Pas tunggang agama tapi bila dia yang buat, dalam konteks dia dilihat sebagai anti-Islam, bila benda ini jadi, dari segi politik, ia menjadi langkah yang kurang bijak.
“Ia akan beri banyak peluru kepada pihak lawan. Saya tidak akan buat perkara sebegitu,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Tue Sep 26 2023

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan Sufian, kedua-duanya tidak bersetuju dengan tindakan Howard Lee yang menggunakan ayat al-Quran menerusi video yang tular baru-baru ini. - Gambar fail

Isu tenaga, bahan api fosil fokus COP28 pada Selasa
Pemerhati menilai dengan teliti kesungguhan UAE meletakkan agenda mengurangkan bahan api fosil dalam dokumen akhir COP28.

Israel serbu rumah imam Masjid Al-Aqsa, larang lakukan perjalanan
Pendakwah Masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.

Wai Ching berjaya takluk Menara Canton di Guangzhou
Pelari berusia 29 tahun itu menamatkan larian membabitkan 2,738 anak tangga untuk sampai ke puncak menara dalam masa 14 minit 23 saat.

Setahun Kerajaan Madani: Malaysia kembali ke landasan betul di peringkat serantau, antarabangsa - Zambry
Malaysia dilihat sebagai sebuah negara dihormati khususnya apabila diundang baru-baru ini menghadiri dua mesyuarat penting PBB.

Abang Johari di COP 28, Dubai untuk ketengah projek hijau Sarawak
Beliau dijadual menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman antara InvestSarawak dan Surbana Jurong Pte Ltd.
![[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat [LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701638608_TBPALESTINE.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat
Hospital di Gaza telah menerima berpuluh-puluh mayat ketika serangan udara Israel diteruskan pada hari keempat selepas gencatan senjata.

Ringgit dijangka catat prestasi lebih baik berbanding dolar AS pada 2024
Mata wang serantau termasuk ringgit dijangka mencatat prestasi yang lebih baik berbanding dolar AS pada tahun akan datang.

Karnival Barangan Malaysia pada 13 hingga 17 Disember
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan Karnival Barangan Malaysia 2023 pada 13 hingga 17 Dis ini di Pusat Pameran dan Konvensyen IOI City Mall, Putrajaya.

Kebakaran di bangunan simpan baja, racun milik Peladang
Bangunan berkeluasan 40x70 kaki persegi itu terbakar kira-kira 30 peratus di tingkat bawah yang menyimpan baja dan racun.

Keganasan peneroka Israel ke atas penduduk Palestin meningkat - Laporan PBB
Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin mendedahkan trend membimbangkan berhubung peningkatan keganasan yang dilakukan oleh peneroka haram Israel.

Sokongan terhadap UMNO akan terus merosot jika terus bersama DAP - Tun M
Tun M mendakwa selagi UMNO terus bekerjasama dengan DAP sokongan terhadap parti itu akan terus merosot.

PRK Kemaman: Saya bukti hidup DAP bukan parti rasis, anti-Islam - Rara
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, beliau adalah bukti hidup DAP bukanlah sebuah parti rasis dan anti-Islam, seperti didakwa pembangkang.

Fokus kerja dahulu, PRU16 lambat lagi
Anthony Loke berkata, tanggungjawab dan tugas parti semakin bertambah selepas menjadi sebahagian daripada parti komponen Kerajaan Perpaduan.

'DAP lebih terdesak' - Afnan Hamimi
Afnan Hamimi mendakwa sedangkan DAP yang lebih awal terdesak untuk bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Fitnah DAP: PDRM sahkan rakam percakapan Siti Mastura
Polis memaklumkan, memaklumkan, rakaman percakapan dibuat di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

Pendedahan hanya buktikan Tun Dr Mahathir tidak ikhlas bekerjasama dengan DAP - Loke
Pengakuan Tun Mahathir bahawa beliau hanya mempergunakan DAP untuk menjatuhkan Najib, membuktikan beliau tidak pernah ikhlas bekerjasama dengan parti itu.

Kelab DAP Veteran Kebangsaan buat laporan polis terhadap Siti Mastura
Laporan polis itu merupakan yang kedua dibuat pemimpin DAP selepas Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid di IPD Brickfields semalam.

Solidariti untuk Palestin: DAP bantah program pamer kekerasan senjata di sekolah
Jelasnya, program seumpama itu hanya akan memberikan mesej dan pengajaran yang salah kepada generasi muda.

DAP tidak pernah antiraja - Loke
DAP menjelaskan parti itu tidak pernah bersikap antiraja sebaliknya menjunjung tinggi sistem Raja Perlembagaan.

Kon Yeow diminta kemukakan bukti - Guan Eng
Chow Kon Yeow diminta supaya mengemukakan bukti berhubung dakwaan ada pihak dari luar dan dalam DAP yang sedang merancang untuk menjatuhkannya sebagai Ketua Menteri dengan membuat pelantikan baharu.