awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tajuddin kumpul tandatangan ketua bahagian, jatuhkan Zahid - Shahidan

Astro Awani
Astro Awani
04/04/2021
03:06 MYT
Tajuddin kumpul tandatangan ketua bahagian, jatuhkan Zahid - Shahidan
Shahidan mendakwa pertemuan Tajuddin bersama ketua-ketua bahagian UMNO itu dibuat sebelum PRN Sabah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman didakwa melakukan gerakan menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO.
Memetik laporan Malaysiakini, dakwaan itu dibuat Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan tindakan Tajuddin itu dibuat sejak tahun lalu.
Tajuddin dilapor menggerakkan usaha mengumpul tandatangan lebih 80 ketua UMNO bahagian bagi menolak kepimpinan Ahmad Zahid.
“Tajuddin ni, dia pernah buat gerakan ambil tandatangan ketua bahagian untuk jatuhkan presiden (Ahmad Zahid).
“Dia kumpul tandatangan bermula tahun lepas sebelum dilantik jadi pengarah pilihan raya (UMNO). Lebih 80 bahagian tandatangan dia kumpul untuk jatuhkan presiden,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Tajuddin dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya UMNO pada 4 November tahun lalu.
Turut membuat dakwaan sama adalah seorang Ahli MT UMNO yang tidak didedahkan namanya oleh Malaysiakini.
“Dia (Tajuddin) panggil ketua-ketua bahagian, kumpul di rumah dia untuk tandatangan SD (akuan berkanun untuk menolak Zahid),” katanya sebagai memetik laporan tersebut.
MT UMNO itu mendakwa pertemuan Tajuddin bersama ketua-ketua bahagian UMNO itu dibuat sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, lantaran rasa tidak puas hati beliau tidak diberi jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ia sekali gus memberi tanggapan bahawa Ahmad Zahid merupakan seorang presiden yang lemah.
UMNO kini dilapor berdepan krisis dalaman susulan terdapat pertikaian berhubung kerjasama politik dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) seiring menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Topic Berkaitan
#UMNO
#Tajuddin Abdul Rahman
#Ahmad Zahid Hamidi
#Shahidan Kassim
#tandatangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan