awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak ada istilah nepotisme, Nurul Izzah bertanding, bukan dilantik - Ramanan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
08/05/2025
07:37 MYT
Tak ada istilah nepotisme, Nurul Izzah bertanding, bukan dilantik - Ramanan
Ramanan berkata, istilah nepotisme adalah apabila seseorang individu dilantik ke satu jawatan tanpa melalui proses pemilihan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiada istilah nepotisme jika pelantikan seseorang untuk menjawat sesuatu jawatan adalah menerusi pemilihan atau pertandingan.
Demikian kata Timbalan Ketua Penerangan PKR I, Datuk Seri R Ramanan, yang berkata, istilah nepotisme hanya boleh dipakai jika seseorang individu itu dilantik ke jawatan tertentu secara automatik tanpa melalui proses pemilihan.
"Kita kena faham apa itu nepotisme. Nepotisme ialah apabila dia dilantik oleh ayahnya. Tapi kalau dia bertanding dalam pemilihan, ia bukan nepotisme.
"Dalam hal ini, keputusan akan dibuat oleh 30,000 ahli, jadi tak wujud istilah nepotisme.
"Kita tak boleh tukar siapa ibu bapa kita. Kalau ikut asas dakwaan ini, maknanya seseorang itu tak boleh jadi pemimpin kalau ibu bapanya aktif politik. Tak logik begitu," katanya mengulas dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan cadangan pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden PKR adalah satu bentuk nepotisme.
Jelas Ramanan, pencalonan Nurul Izzah adalah hasrat akar umbi parti, dengan ramai menyokong pencalonan tersebut.
"Ini parti demokratik, kita harus terbuka terima sesiapa sahaja yang dicalonkan," tegasnya.
Ditanya pendapatnya mengenai pencalonan tersebut, Ramanan menyifatkan Nurul Izzah layak bukan sahaja kerana pengalaman dan integritinya, tetapi juga imej dan sifat kepimpinan yang sudah diakui di peringkat antarabangsa.
Dalam masa yang sama, Ramanan juga menafikan beliau akan bertanding untuk jawatan yang sama, sebaliknya akan kekal dengan pencalonan untuk jawatan Naib Presiden.
Sejak beberapa hari lalu, beberapa pemimpin PKR secara terbuka menyatakan sokongan mereka terhadap Nurul Izzah untuk mencabar Datuk Seri Rafizi Ramli bagi jawatan timbalan presiden parti itu.
Pada Rabu, Nurul Izzah berkata beliau akan membuat keputusan berhubung gesaan akar umbi agar beliau bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti bagi penggal 2025–2028.
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#Nurul Izzah
#nepotisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan