POLITIK
Tak halang Tengku Zafrul, tapi UMNO wajar dapat satu lagi jawatan menteri penuh - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, 'kekosongan jawatan menteri' yang ditinggalkan Tengku Zafrul perlu dikembalikan kepada UMNO. - Gambar fail
SERIAN: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menghalang keputusan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu kerana niat tersebut telah dinyatakan sejak tiga bulan lalu.
Ringkasan AI
Namun begitu, tegas beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, 'kekosongan jawatan menteri' yang ditinggalkan Tengku Zafrul perlu dikembalikan kepada UMNO.
“Jadi pada saya yang lebih penting, UMNO diwakili oleh tujuh orang dalam Kabinet. Walaupun kita tidak pasti ketika itu sama ada pelantikan Datuk Seri Zafrul atas kapasiti UMNO atau sebaliknya, anggapan kita ialah beliau mewakili UMNO.
"Maka, sekarang UMNO tinggal enam orang menteri. Jika kuasa mutlak dilaksanakan sepenuhnya oleh YAB Perdana Menteri, maka dengan keberadaan Tengku Zafrul di luar UMNO, wajarlah UMNO memohon satu kerusi menteri penuh bagi mencukupkan jumlah kepada tujuh,” katanya.
Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa adalah tidak beretika sekiranya mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima kemasukan Tengku Zafrul tanpa berunding dengan UMNO.
“Beliau telah berbincang dengan saya ketika sidang Parlimen tiga bulan lalu dan saya tidak ada masalah dengan keputusan beliau. Namun, kita berada dalam Kerajaan MADANI. Maka, adalah tidak beretika jika mana-mana parti menerima kemasukan ahli dari parti komponen tanpa rundingan. Kenyataan Setiausaha Agung UMNO adalah kenyataan rasmi dan mewakili pendirian kepimpinan parti,” jelas beliau.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Pekebun Kecil Makmur dan Sambutan Pragai RISDA Sarawak 2025 di Kampung Raeh Baru, Jalan Kuching-Serian, hari ini.
Terdahulu, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO dan hasrat untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi media sosial pada tengah malam Jumaat.
Ahmad Zahid mengesahkan bahawa Setiausaha Kerja UMNO telah menerima surat rasmi tersebut pada pagi Sabtu.
Dalam sidang media yang sama, Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa beliau telah meminta pandangan penasihat undang-undang UMNO sama ada pampasan RM100 juta yang terkandung dalam surat aku janji yang ditandatangani Tengku Zafrul semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih terpakai atau tidak.
“Untuk mana-mana calon dalam PRU ke-15 yang lalu, terutama calon UMNO atau BN yang bertanding sebagai Ahli Parlimen, jika mereka keluar parti, denda sebanyak RM100 juta dikenakan berdasarkan akuan sumpah atau aku janji.
"Tetapi Tengku Zafrul kalah sebagai calon Parlimen dan dilantik semula sebagai Senator. Saya akan semak dengan penasihat undang-undang UMNO sama ada kes beliau tertakluk kepada aku janji itu atau tidak. Kita akan maklumkan,” katanya.
Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi menggesa agar tindakan tegas diambil terhadap Tengku Zafrul termasuk mengenakan denda RM100 juta sekiranya beliau melanggar akujanji tersebut.
Ringkasan AI
- Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, tidak menghalang keputusan Tengku Zafrul keluar parti kerana niat itu telah dimaklumkan lebih awal, namun menegaskan bahawa 'jawatan menteri yang ditinggalkan' perlu dikembalikan kepada UMNO.
- Beliau menyatakan bahawa adalah tidak beretika jika mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima Tengku Zafrul tanpa rundingan dengan UMNO, dan menegaskan pentingnya etika dalam kerjasama politik.
- Ahmad Zahid juga sedang mendapatkan nasihat undang-undang berhubung kemungkinan denda RM100 juta terhadap Tengku Zafrul berdasarkan surat aku janji PRU15, walaupun beliau kalah dalam pilihan raya dan hanya dilantik sebagai Senator.