Tak kisah parti mana, asal sokong Deklarasi Rakyat - Dr Mahathir

Hafiz Marzukhi
Jun 5, 2016 11:32 MYT
DR MAHATHIR: Jika keadaan mengizinkan, saya akan turun membantu dalam kempen. -Gambar fail
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi sokongan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kepada parti serta calon yang menyokong Deklarasi Rakyat.
"Saya tidak kisah parti mana. Jika mereka sokong Deklarasi Rakyat, saya sokong," katanya selepas menghadiri majlis pelancaran buku 'Perjuangan Tanpa Noktah' dan 'Misunderstood Man' di ibu negara pada Ahad.
.
Ditanya sama ada beliau akan turun berkempen bagi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Tun Mahathir berkata, beliau akan cuba.
"Jika keadaan mengizinkan, saya akan turun membantu dalam kempen," tambah beliau.
Ditanya jika pertandingan lebih dari dua penjuru akan menjejaskan peluang blok pembangkang, Tun Mahathir mengakui kelebihan akan terletak kepada Barisan Nasional dalam situasi tersebut.
"Namun, saya menggesa rakyat untuk memilih berdasarkan parti yang dipimpin individu yang peduli apa yang baik untuk rakyat," katanya.
#Deklarasi Rakyat #Mahathir Mohamad #pilihan raya kecil #PRK Kuala Kangsar #PRK Sungai Besar